Jumaat, 24 Mei 2013

Jumaat, Mei 24, 2013

Bapa Afiq Di Minta Tampil Jernihkan Suasana, Afiq Mahu Ibu Tarik Kenyataan | Nampaknya satu lagi sidang media telah diadakan oleh Afiq Muiz dan keluarganya. Kali ini ia melibatkan datuk saudaranya setelah mak saudaranya baru-baru ini membuat kenyataan di Melodi.

Bapa Afiq Muiz iaitu Azman Shah Kader Ibrahim Shah, 52, di minta tampil menyelesaikan konflik keluarga antara pelakon itu dan ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48.

Bapa Afiq Di Minta Tampil Jernihkan Suasana, Afiq Tunjuk Bukti Terbaru

Datuk saudara Afiq iaitu Jalal Abidin, 64, menyifatkan Azman merupakan individu paling layak menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kembali hubungan anak dan isterinya itu.

"Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri.

"Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian.

"Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana," katanya yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan di rumah keluarga Afiq di sini, Khamis.

Jalal dan Afiq serta beberapa anggota keluarga lain berkumpul pada sidang media itu bagi menjernihkan kembali kontroversi melibatkan Afiq meminta ibunya membuat permohonan maaf atas kenyataan media yang dibuat oleh wanita itu.

Bapa Afiq Di Minta Tampil Jernihkan Suasana, Afiq Tunjuk Bukti Terbaru
Jalal Abidin
Jalal juga berharap agar Afiq dan ibunya itu dapat menurunkan ego masing-masing dan memaafkan antara satu sama lain dan pada masa sama meminta Hasliza tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung dengan anaknya itu.

"Cukuplah, jangan keruh-keruhkan keadaan lagi. Lihat apa yang dah jadi sekarang ini, seluruh keluarga mendapat kesan buruk daripada pandangan masyarakat.

"Sedih pun ya, malu pun ada, tetapi berfikirlah secara rasional demi kesejahteraan keluarga nanti," ujarnya.

Sementara itu, Afiq yang turut sama berada pada sidang media berkenaan bertegas mahu ibunya itu membersihkan nama dia serta menarik balik segala kenyataan buruk yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum membuat keputusan untuk berdamai.

Bapa Afiq Di Minta Tampil Jernihkan Suasana, Afiq Tunjuk Bukti Terbaru | Nampaknya satu lagi sidang media telah diadakan oleh Afiq dan keluarganya. Kali ini ia melibatkan datuk saudaranya setelah mak saudaranya baru-baru ini membuat kenyataan di Melodi.

"Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen.

"Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka.

"Sekarang ni saya dah hilang semua tawaran kerja, bayaran juga saya tak dapat gara-gara isu ni. Saya mohon ibu tarik balik kenyataan dia yang pasal saya anak derhaka tu. Kemudian saya akan fikirkan semula untuk menarik balik tindakan saya."

Dalam masa yang sama, Afiq turut menunjukkan beberapa resit pembelian untuk kegunaan rumah sewanya sambil menegaskan yang dia tidak pernah menggunakan wang sejumlah RM30,000 itu untuk kegunaan peribadi Eina.

Bapa Afiq Di Minta Tampil Jernihkan Suasana, Afiq Tunjuk Bukti Terbaru



#Bila la drama ni nak selesai ehhh???

Artikel Berkait



Artikel Menarik


sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/24/mstar_hiburan/20130523202209&sec=mstar_hiburan
http://www.ohbulan.com/harap-ibu-tarik-balik-kenyataan-afiq-muiz/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.