Sabtu, 11 Mei 2013

Sabtu, Mei 11, 2013

Bayi 16 Bulan Maut Lemas Dalam Bilik Air | Seorang bayi lelaki Aiman Jazil Rizal berusia 16 bulan maut selepas lemas di dalam bilik air taska di Saujana Utama, pada petang kelmarin.

Bayi 16 Bulan Maut Lemas Dalam Bilik Air
Gambar Hiasan
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Aiman Jazil Rizal dikatakan merangkak ke dalam bilik air dan ditemui pengasuhnya dalam keadaan lemah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, selepas memberi kanak-kanak itu minum susu pengasuh meninggalkannya seketika.

“Malangnya ketika pengasuh kembali, dia mendapati kanak-kanak itu tiada di tempat dia baring,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pengasuh bersama pengurus taska mencari mangsa sebelum menemui kanak-kanak itu terbaring di dalam bilik air dalam keadaan tidak bermaya.

“Mereka membawa kanak-kanak itu ke klinik sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan sebuah ambulans, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan lemas.

Jenazahnya dituntut bapa mangsa sebelum dibawa ke Johor untuk dikebumikan di kampung halaman keluarga terbabit.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Artikel Menarik


sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayi16bulanlemasdibilikair/Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.