Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
Blogger PapaGomo Dan King Jason Di Tahan Polis | Pihak polis semalam dilaporkan telah menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyebar kenyataan berbaur fitnah dan hasutan di laman sosial yang boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.

Blogger PapaGomo Dan King Jason Di Tahan Polis

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata suspek pertama lelaki berumur 38 tahun, ditahan tengah hari ini di Klang kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Facebook.

Manakala suspek kedua yang berusia 33 tahun, ditahan di Taman Danau Kota, Setapak kira-kira 4 petang tadi, kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di akaun Twitter miliknya.

Tambah Datuk Syed Ismail lagi, suspek pertama yang merupakan usahawan, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998/Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Manakala suspek kedua disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998/Seksyen 4(1) Akta Hasutan, yang boleh dikenakan penjara tidak melebihi setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.

"Antara barangan milik suspek yang dirampas ialah tiga komputer riba, lima telefon bimbit, empat kad memori," katanya sambil menambah kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

Modus operandi mereka adalah menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter sebagai platfom utama untuk menyebar maklumat berunsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.

Disamping itu beliau menasihatkan pengguna media sosial agar mendapatkan fakta yang tepat sebelum memuat naik ke blog masing-masing, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Blogger PapaGomo Dan King Jason Di Tahan Polis


Artikel Lain



#Menurut blog Malaysiakini, lelaki tersebut adalah papagomo dan seorang lelaki lagi ialah King Jason.

sumber
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=948204
http://www.malaysiakini.com/news/229431


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.