Sabtu, 25 Mei 2013

Sabtu, Mei 25, 2013
Budak Dua Tahun Parah Gunting Tertusuk di Kepala | Kerana perbalahan ibubapa, nyawa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dalam bahaya apabila dia terpaksa bertarung nyawa lebih lima jam setelah sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter.

Budak Dua Tahun Parah Gunting Tertusuk di Kepala


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, ibu kanak-kanak perempuan itu dipercayai cuba menyerang bapanya menggunakan gunting, namun cubaannya tersasar, sebaliknya gunting tersebut mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum kejadian itu, pasangan berusia 30-an itu dipercayai telah bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.


Artikel Menarik

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013052501493220130525014932//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.