Rabu, 1 Mei 2013

Rabu, Mei 01, 2013

Chef Adu Amran - Tindakan Zain Hanya Perbodohkan Diri | Zain Saidin telahpun disingkirkan dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2), namun kontroversi kelantangannya terhadap para juri masih hebat diperkatakan.

Chef Adu Amran - Tindakan Zain Hanya Perbodohkan Diri


Para penonton kebanyakannya menyalahkan sikap Zain Saidin yang juga kekasih kepada aktres jelita, Rozita Che Wan, dan menganggap tindakannya terlalu biadab serta  tidak menghormati juri dan tenaga pengajar yang lebih berusia.

Dalam pada itu, Zain pula mendakwa dirinya telah dipergunakan produksi untuk tujuan tertentu dan dijadikan watak jahat dalam drama itu.

Chef Adu Amran - Tindakan Zain Hanya Perbodohkan Diri

Salah seorang juri Masterchef Selebriti 2, Chef Adu Amran telah meminta agar perkara ini tidak terus diperbesarkan.

"Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Zain ataupun peserta lain. Dalam situasi itu, Zain hanya bertikam lidah dengan Chef Joe.

"Namun, sebagai barisan juri, saya perlu menjernihkan keadaan. Janganlah memperbesarkan hal ini lagi kerana ia hanyalah perkara yang remeh.

"Lagipun, tindakan Zain itu hanya membodohkan diri sendiri dan seharusnya menerima kesilapan itu," katanya yang tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Menerusi MSM 2, Zain merupakan selebriti ketiga yang terpaksa meninggalkan rancangan itu setelah Yassin dan Keroz Nazri disingkirkan pada minggu penyingkiran terdahulu.


Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/chef-adu-zain-hanya-membodohkan-diri-1.155727


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.