Sabtu, 4 Mei 2013

Sabtu, Mei 04, 2013
1

Cuba Guna Nama - Raja Azmi Buat Laporan Polis | Raja Azmi Raja Sulaiman diberitakan telah membuat laporan polis di balai polis Pudu, selepas mengetahui namanya telah disalahgunakan oleh seorang pendatang baru dalam dunia lakonan, Adam Davin atau David Singh untuk tujuan dan kepentingan peribadi.

Cuba Guna Nama - Raja Azmi Buat Laporan Polis

Adam Davin merupakan seorang model bakal ditampilkan Raja Azmi dalam filem baru terbitannya, Anak Ikan arahan menantunya, Shadan Hashim dan bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi.

Namun, tanpa arahan dan pengetahuan Raja Azmi, Adam David dikatakan telah melakukan satu sesi uji bakat filem Anak Ikan di sebuah agensi modeling di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur pada 23 Mac lalu.

Menurut Raja Azmi, dia sebenarnya berasa terkejut dan terkilan apabila ditipu serta dianiaya sebegitu, lebih-lebih lagi oleh seporang pendatang baru seperti Adam Davin.

"Sebelum ini, sudah banyak kali saya kena kena tipu dan kena aniaya. Tapi, saya selalu ambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga supaya perkara yang sama tidak akan berlaku lagi.

"Saya juga sentiasa peka dengan keadaan serta orang yang berada di sekeliling saya kecuali yang benar-benar rapat. Tetapi, saya tidak sangka, ia akan berlaku jugak," katanya kepada murai.com.my.

Sebelum ini, Raja Azmi telah dimaklumkan oleh beberapa orang yang mengingatkan dia supaya berhati-hati dengan Adam Davin.

"Kata mereka, Adam Davin ini seorang yang kon dan suka menipu. Malah, sudah ada banyak artis yang kena tipu dengan dia. Bukan saya tidak mahu percaya cakap mereka, tapi kadang-kadang saya suka beri orang peluang untuk mengubah diri mereka.

Cuba Guna Nama - Raja Azmi Buat Laporan Polis- Adam Davin

"Dan, saya sendiri ada berdepan dengan dia dan bertanyakan dengan hal ini kepada dia. Namun, dia pandai menepis segala persoalan tersebut. Cara dia menepis persoalan itu juga membuatkan saya rasa seolah-olah terpukau. Apatah lagi, bila dia beritahu bahawa dia juga senasib dengan saya.

"Bahawa dia sebenarnya yang kena tipu. Tapi, dia pula yang dikatakan menipu orang. So, saya pun percayalah. Nak buat macam mana, dah nasib badan," katanya lagi.

Disebabkan itu, kata Raja Azmi, dia terpaksa membuat laporan polis demi untuk membersihkan nama dan imejnya sebagai seorang produser filem.

"Saya harap dengan adanya laporan polis ini, dia (Adam Davin) akan menghentikan perbuatannya menipu orang dan tidak akan terus menggunakan nama saya untuk melakukan kerja-kerja yang seperti ini.

"Pada sesiapa yang sebelum ini pernah berdepan dengan Adam Davin dan kata saya suruh buat itu ini, tolong jangan percaya. Bukan saya mahu aibkan dia dengan cara macam ini. Tapi, saya rasa perbuatan dia menipu dengan caya begini amat merbahaya dan boleh menjadi virus di dalam industri," jelasnya.

Sambung Raja Azmi, dia juga telah bertemu sendiri dengan salah seorang mangsa yang menghadiri uji bakat Anak Ikan itu di Istana Budaya pada 30 April lalu.

"Malah, saya juga turut bertemu dengan seorang pereka fesyen bernama Kos Serani yang khabarnya cuba mencari saya sebelum ini meminta saya memulangkan baju.

Artikel Menarik


sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14653&c=1&s=1


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.