Khamis, 23 Mei 2013

Khamis, Mei 23, 2013

Dadah, Saiful Apek Dan Tiga Pekerja Kena Bela Diri | Semalam Saiful Apek dan tiga orang pekerjanya telah diperintahkan membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, tiga tahun lalu.

Dadah, Saiful Apek Dan Tiga Pekerja Kena Bela Diri | Semalam Saiful Apek dan tiga orang pekerjanya diperintahkan membela diri terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, tiga tahun lalu.

Datuk Abdul Alim Abdullah yang juga Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Menurut Abdul Alim semasa dalam penghakiman, mahkamah majistret sebelum ini  terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman.

Turut diperintahkan membela diri  Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29. Mereka diperintahkan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 27 Mei ini.

Saiful Apek dan pekerjanya  itu didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.



Artikel Menarik


sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saiful-apek-dan-pekerjanya-diarah-bela-diri-1.162833


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.