Khamis, 9 Mei 2013

Khamis, Mei 09, 2013
Dayangku Intan - Sedikit Kecewa Tapi Tak Akan Serik | Calon Pakatan Rakyat, Dayangku Intan yang kalah dalam pemilihan calon di Parlimen Pengerang mengakui sediikit kecewa, namun itu bukan alasan untuk dia berasa serik berkecimpung dalam politik.

Dayangku Intan - Sedikit Kecewa Tapi Tak Akan Serik

"Ini hanyalah permulaan," itulah kata-kata semangat Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid, berhubung kekalahannya di Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Ahad lalu.

Keputusan PRU13 Ahad lalu memihak kepada calon Barisan Nasional, Azalina Othman Said dengan 26,992 undi manakala Dayangku Intan pula hanya memperoleh 4,484 undi sahaja.

"Walaupun kecewa dengan keputusan itu, namun semangat untuk membela nasib di Pengerang tetap utuh", kata Dayangku Intan.

"Kekalahan ini bukanlah bererti saya perlu berundur dari dunia politik. Saya tetap mempunyai kelompok penyokong yang tersendiri.

Dayangku Intan - Sedikit Kecewa Tapi Tak Akan Serik | Calon Pakatan Rakyat, Dayangku Intan yang kalah dalam pemilihan calon di Parlimen Pengerang mengakui sediikit kecewa, namun itu bukan alasan untuk dia berasa serik berkecimpung dalam politik.
Dayangku Intan ketika sessi bertemu mesra orang ramai
"Malah, perjuangan saya dalam membela nasib mereka masih perlu diteruskan. Insya-ALLAH, jika diberi peluang untuk pilihan raya akan datang, saya akan terus bertanding.

"Saya akan tetap berjuang dan membantu selagi terdaya. Saya juga akan seimbangkan aktiviti seni seperti nyanyian yang sebati dalam diri," katanya yang mengakui akan berjuang secara ikhlas dalam dunia politik.

Selain Azalina dan Dayang, Pengerang turut menyaksikan Mohd Azaman Johari, calon Bebas yang hanya memperoleh 795 undian.

Dalam pada itu, cubaan wakil Sinar Harian untuk menemuramah Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin yang kalah pada PRU13 bertanding di Parlimen Jempol gagal kerana beliau tidak dapat dihubungi sehingga kini.


Artikel Menarik




sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dayangku-intan-sedia-bertanding-lagi-1.158037


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.