Sabtu, 4 Mei 2013

Sabtu, Mei 04, 2013

Dedah Dakwat Tak Kekal - Pegawai Pemerintah TUDM Di Tukar Serta Merta  | Seorang Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad telah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal.
Dedah Dakwat Tak Kekal - Pegawai Pemerintah TUDM Di Tukar Serta Merta

Beberapa hari yang lepas, Mejar Zaidi isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas berkenaan dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal.

Berikutan itu, beliau mendakwa telah mendapat arahan ditukarkan secara serta merta. Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, ".

Tambah Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Pegawai Pemerintah TUDM Di Tukar Serta Merta

Bagaimanapun Mejar Zaidi memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.




Artikel Menarik




sumber
http://bm.harakah.net.my/index.php/headline/18950-lapor-kes-dakwat-kekal-mejar-ditukar-serta-merta#.UYSUebVHIQg


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.