Jumaat, 24 Mei 2013

Jumaat, Mei 24, 2013
1
Di Boikot Media, Karier Afiq Muiz Dalam Bahaya | Nampaknya karier dan bakat pelakon Afiq Muiz dalam bahaya apabila terdapat ura-ura yang pihak media telah bersepakat mahu memboikot beliau.

Di Boikot Media, Karier Afiq Muiz Dalam Bahaya

Berita itu sedikit sebanyak mengganggu segala perancangan terutamanya perkara yang melibatkan Afiq. Seorang penerbit Datin Zaiton Mohammad Jiwa ketika ditemui wartawan belum mengambil keputusan sama ada menyingkir atau terus menggunakan khidmat pelakon Afiq Muiz untuk drama terbitan syarikatnya, Global Station Sdn. Bhd.

Menurut Zaiton yang kini berada di Manila, Filipina, dia belum berkesempatan bersemuka dengan Afiq untuk bercerita lanjut dengan artis residen syarikatnya itu.

"Memandangkan sekarang Afiq adalah artis residen, jadi Kak Ton perlulah ikut prosedur yang telah dipersetujui sebelum ini. Apa pun Kak Ton bergantung kepada kehendak stesen televisyen.

"Kalau pihak stesen tidak ada masalah dengan penampilan Afiq, Kak Ton okay saja dan jika sebaliknya, terpaksalah cari penyelesaian lain," katanya yang berada di sana untuk melakukan perbincangan dengan pelakon, Jericho Rosales.

Zaiton juga mengakui, seandainya benar berita yang kebanyakan pihak media sepakat untuk memboikot pelakon muda itu pastinya ia bakal memberi kesan kepada masa hadapan Afiq.

Tambahnya, setiap artis memerlukan kerjasama daripada pihak media bagi meneruskan kelangsungan kerjaya masing-masing.

"Kalau benar pihak media hendak memboikot Afiq, terpaksalah Kak Ton cari jalan penyelesaian kerana promosi itu penting untuk setiap drama yang diterbitkan.

"Memanglah kita boleh buat promosi menerusi laman sosial masing-masing, tetapi masih tetap tidak sama dengan publisiti yang diberikan oleh pihak media," katanya yang akan segera berbincang dengan Afiq sebaik kembali ke tanah air.



Artikel Berkait



Artikel Menarik


sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130523/hi_03/Nasib-Afiq-Muiz-masih-samar#ixzz2U86p5sl9



1 comments:

  1. Darjat seorang ibu sangat tinggi.. buruk baik ibu kita, kita jangan sesekali menghina & memburukkannya pada umum.. Betul mak dia mulakan dulu tapi sebagai anak takkan kata2 macam tu nak di ucapkan pada mak. Ni balasan kat dunia jer Afiq.. Moga anak beranak ni ada penyelesaian yang baik. Jadikan pengajaran. masalah keluarga jangan di jadikan media sebagai perantaraan. mak mahupun anak.. kena tau jaga aib diri, aib ibu, aib anak & aib keluarga.

    KISAH >>SAMPAI PENGSAN TENGOK CIKGU HENSEM
    HANGAT >>AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?IENA AZMAN KATA IBU AFIQ TAK SIUMAN
    Terbaik >>apakah yang dikejar oleh makhluk asing di sekitar Stuttgart?
    Jom Undi>>Kuasa Rakyat Malaysia Diperlukan lagi selepas PRU13.Jom Undi
    HANGAT >>ANAK DERHAKA VS IBU DERHAKA

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.