Rabu, 15 Mei 2013

Rabu, Mei 15, 2013

Di Tuduh Kikis Duit, Eina Tuntut Ibu Afiq Mohon Maaf | Nampaknya krisis keluarga antara Afiq Muiz dan ibunya semakin bertambah berat apabila Eina juga turut terbabit serta menuntut ibu Afiq memohon maaf atas tuduhan mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.

Di Tuduh Kikis Duit, Eina Tuntut Ibu Afiq Mohon Maaf

"Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.

"Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, semalam.

Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.

Eina mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada hari Selasa (semalam) yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.

Tambah Eina lagi, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik.

"Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan.

"Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya.


Artikel Berkait

Artikel Menarik


sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/15/mstar_hiburan/20130514192823&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.