Khamis, 23 Mei 2013

Khamis, Mei 23, 2013

Di Tuduh Retak Menanti Belah, Erra Tetap Enggan Komen | Seharusnya ucapan tahniah diberikan kepada Erra Fazira, antara muka lama dalam bidang seni yang bijak dalam mengawal dan memberikan komen peribadi.

Di Tuduh Retak Menanti Belah, Erra Tetap Enggan Komen


Menerusi portal Murai, Erra Fazira mengakui yang dia perlu bertahan daripada meluahkan atau berkongsi hal rumahtangganya kepada banyak pihak termasuk media, walaupun dirinya diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai gossip yang mendakwa rumahtangganya kini sedang retak menanti belah.

Tambah Erra Fazira lagi, dia punya sebab mengapa sehingga kini dia masih tetap dengan pendiriannya untuk tetap berdiam dan menutup mulutnya.

"Sebenarnya saya ada sebab mengapa dari dulu saya terus 'zip' mulut saya daripada bercerita mengenai hal rumahtangga. Lagipun sebagai isteri, agama kita dilarang untuk berkongsi hal rumahtangga kepada orang luar.

"Sebab itu sehingga kini saya masih bertahan daripada terus bercerita walaupun sudah banyak cerita dan gosip dikeluarkan.

"Saya rasa ada benda yang boleh saya kongsikan dan ada yang tidak," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran Butik Desa Murni Batik Sdn Bhd di Shah Alam, petang semalam.

Menurut Erra Fazira lagi, kisahnya akan terbongkar jua bila tiba masa yang sesuai nanti dan diwaktu itu dia akan bersedia untuk bercerita mengenai hal rumahtangganya.

"Orang yang sentiasa bertanya mengenai rumahtangga saya ini saya rasa mereka hanya nak tahu sahaja dan sengaja nak jadi ' Kak Nam Style'.

" Malah, sejak awal perkahwinan kami pun, cerita-cerita buruk mengenai rumahtangga kami sudah pun timbul. Entah lah, saya pun tak faham.

"Saya hanya minta doakan yang terbaik untuk rumahtangga saya dan insyaAllah jika tiba masa yang sesuai nanti, saya akan menceritakannya," luahnya lagi.

Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Erra Fazira telah mendirikan rumahtangga pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinannya itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya yang kini berusia 4 tahun.




sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14809&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.