Rabu, 15 Mei 2013

Rabu, Mei 15, 2013
Eina Tunjuk Mesej, Nafi Berkasih Dan Tinggal Bersama Dengan Afiq | Berikutan pendedahan panas ibu Afiq semalam, Eina tampil menunjukkan mesej yang dihantar kepada ibu Afiq dan menafikan beliau kekasih serta tinggal bersama Afiq.

Eina Tunjuk Mesej, Nafi Berkasih DanTinggal Bersama Dengan Afiq

Menerusi portal gua.com, Eina memberi penjelasan kerana namanya turut dikaitkan bersama Afiq dalam sidang akhbar khas semalam untuk memberi penjelasan. Menurut Eina,

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. 


Eina Tunjuk Mesej, Nafi Berkasih DanTinggal Bersama Dengan Afiq

"Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku," luah gadis berusia 18 tahun ini.

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya.

Eina Tunjuk Mesej, Nafi Berkasih DanTinggal Bersama Dengan Afiq


"Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," ujar Eina meluahkan perasaan.

Dedah Eina lagi, dia juga pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat tertekan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Tambahnya lagi, dia dan Afiq tidak pernah memburuk-burukkan ibu Afiq dan adik-adiknya di laman Twitter.

Eina Tunjuk Mesej, Nafi Berkasih DanTinggal Bersama Dengan Afiq | Berikutan pendedahan panas ibu Afiq semalam, Eina tampil menunjukkan mesej yang dihantar kepada ibu Afiq dan menafikan beliau kekasih serta tinggal bersama Afiq.

"Saya tak pernah burukkan sesiapa di Twitter. Begitu juga dengan Afiq. Saya juga menafikan dakwaan orang yang mengatakan saya menggunakan jampi atau pun bomoh terhadap Afiq. Tidak sama sekali," ulas Eina.

"Saya cabar ibu Afiq untuk bertemu dengan saya. Saya bagi tempoh seminggu untuk ibu Afiq meminta maaf kepada saya secara terbuka, bermula esok," tegas Eina lagi. 


sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/New_Untitled_Article_1368520662.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.