Rabu, 22 Mei 2013

Rabu, Mei 22, 2013

Eja Bersyukur Masih Terima Rezeki Meskipun Telah Berhijab | Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja bersyukur kehadrat ilahi kerana dua tawaran yang menjengahnya sebelum dia memilih untuk berhijab masih kekal menjadi miliknya.

Eja Bersyukur Masih Terima Rezeki Meskipun Telah Berhijab

Menurutnya, dua tawaran berkenaan adalah peranannya sebagai duta bagi produk makanan tambahan kecantikan, Cosry serta watak di dalam filem arahan Bernard Chauly, Manisnya Cinta.


Eja yang sedang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 30 episod berjudul Balqis untuk tayangan RTM sepanjang Ramadan berkata, dia terharu apabila kedua-dua pihak berkenaan masih sudi mengekalkan namanya walaupun dia sudah berhijab.

"Sebenarnya dua tawaran itu telah dibuat sebelum saya pergi ke Mekah dan Madinah lagi. Apabila saya pulang ke tanah air, saya memberitahu pihak Cosry dan juga produksi filem Manisnya Cinta tentang diri saya yang sudahpun berhijab.

"Bagi saya, kalau imej saya ini tidak sesuai untuk produk Cosry dan juga watak saya dalam filem Manisnya Cinta, jadi alangkah baiknya saya menarik diri sahaja. Tetapi Alhamdulillah, penerbit filem berkenaan Lina Tan dan pengarahnya Bernard Chauly menerima keputusan saya itu dan masih mengekalkan watak saya. Begitu juga dengan Cosry," katanya yang tidak henti-henti melahirkan tanda syukur.

Eja telah bertolak ke tanah suci Mekah dan juga Madinah pada 26 April lalu bagi menjayakan penggambaran drama bersiri Balqis serta tidak ketinggalan menunaikan umrah bersama suami dan juga anaknya.

Menurut Eja, dia sudahpun melangsaikan peranannya dalam filem Manisnya Cinta baru-baru ini dan begitu juga majlis pelancaran produk makanan tambahan Cosry yang telah dibuat pada hari yang sama sebaik sahaja dia pulang dari Tanah Suci.

Tambah Eja lagi, meskipup telah berhijab, dia masih merasakan dirinya tidak sempurna, malah banyak lagi perkara yang perlu diperbaikinya bagi memastikan imej barunya itu selari sebagai seorang muslimah.

"Eja yang anda kenal sekarang adalah Eja yang sama dahulu. Cuma bezanya saya sudah berhijab dan saya sedar banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Bukannya dengan berhijab bermaksud saya sudah sempurna.

"Saya juga tidak segan untuk melihat gambar-gambar saya sebelum berhijab. Kerana bagi saya itu adalah sejarah dan saya tak boleh menidakkan atau menghalang sejarah. Ianya akan tetap kekal terpatri dalam hidup kita dan kita sebagai manusia harus dan perlu belajar melaluinya," kata Eja penuh redha.

Meskipun ini bukanlah kali pertama dia menunaikan Umrah, tetapi jika mahu dibandingkan dengan kunjungannya terdahulu, kali ini perasaan sedih yang teramat sangat telah menyelubungi dirinya sebelum meninggalkan tanah suci.

Dia sedar itu adalah petunjuk dari Tuhan untuk dia berhijrah supaya menjadi individu yang lebih baik apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat, maka perubahan kea rah positif adalah perkara paling diinginkannya.

"Suami saya merupakan individu pertama yang telah saya maklumkan tentang keputusan saya berhijab. Tetapi saya tidak memberitahunya secara terus, sebaliknya saya bertanyakan terlebih dahulu pendapatnya adakah dia suka jika saya memilih untuk terus bertudung?

"Alhamdulillah dia sangat gembira jika perkara itu benar-benar berlaku. Katanya wanita bertudung nampak cantik, berseri, comel dan penuh wajahnya. Jadi bila tiba di tanah air, saya terus memilih untuk dengan hati terbuka dan syukur," katanya.

Eja dan beberapa pemenang Anugerah Skrin bakal bertolak ke Korea pada 4 Jun ini sebagai habuan kejayaan mereka pada malam anugerah berprestij berkenaan.


Artikel Menarik



sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14803&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.