Jumaat, 24 Mei 2013

Jumaat, Mei 24, 2013

Fauzi Marzuki Bercerai Talak Satu | Mengejutkan apabila terbaca berita komposer Fauzi Marzuki, 58 dan isterinya Hashimah, 44 telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat pada hari Khamis (semalam).

Fauzi Marzuki Bercerai Talak Satu

Menurut sumber dari Kosmo, perceraian itu telah direkodkan di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas pihak mahkamah menerima permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Fauzi selaku plaintif.

Fauzi yang diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong membuat permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Fauzi ketika menjawab soalan mahkamah memberitahu lafaz cerai itu merupakan lafaz kali pertama terhadap isterinya.

Menurut sumber, Fauzi berkata dia melafazkan ‘Mulai hari ini saya Fauzi Marzuki menceraikan Hashimah Ramli dengan talak satu’ dengan disaksikan kakak iparnya dan seorang rakan di kediaman pasangan itu di Bukit Antarabangsa.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mensabitkan jatuh talak satu raj’ie dan memerintahkan Hashimah menjalani edah tiga kali suci.

Artikel Menarik


sumber
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/24/mstar_hiburan/20130523204903&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.