Rabu, 1 Mei 2013

Rabu, Mei 01, 2013

Fizz Fairuz Anggap Hubungan Dengan Bekas Tunang Berakhir | Portal murai semalam mengeluarkan satu entri berkenaan status terkini Fizz Fairuz bersama tunang kontroversinya Azlyn Massiela. Menurut mereka,

Fizz Fairuz kini menganggap hubungannya dengan bekas tunang, Azlyn Massiela sudah pun berakhir dengan baik selepas mereka membuat keputusan untuk tidak lagi berjumpa atau berhubung di antara satu sama lain.

Menurut Fizz Fairuz, dia kini harus memulakan hidup baru dan memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pelakon daripada memikirkan soal cinta.

"Saya sudah tidak lagi berhubung dengan dia (Azlyn) dan hubungan kami sudah lama putus dan selesai. Saya rasa masing-masing pun sudah jelas. Tiada isu hendak saman-menyaman,malah kami sudah tutup buku lama dan masing-masing memulakan hidup baru.

"Saya pula mahu menumpukan sepenuh tumpuan kepada kerjaya sebagai pelakon," katanya kepada murai.

Pertunangan Fizz dengan Azlynn yang diikat pada 10 Februari lalu hanya bertahan seminggu selepas mendakwa wanita berkenaan sudah pun berkahwin dan berstatus isteri orang.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Almy Nadia yang dikatakan telah terjalin kembali, Fizz memberitahu ianya hanya hubungan sebagai kawan. Malah Fizz berkata dia kini sudah dinasihatkan oleh ibunya supaya tidak mengambil keputusan untuk berkahwin selama 2 tahun ini.

"Saya dengan Almy hanya berkawan biasa. Namun semua itu tidak penting kerana saya tidak mahu memikirkan soal cinta atau kahwin lagi buat masa ini. Malah, ibu saya telah pun beri syarat kepada saya supaya tidak berkahwin dalam masa 2 tahun ini kerana tidak mahu saya terburu-buru dalam soal ini.

"Ibu saya juga mahu saya mengumpul aset selama 2 tahun ini. Dia (ibu) mahu saya belikan dia banglow dan bawa dia ke Mekah dahulu. Jadi saya hanya berserah kepada jodoh saya nanti, mungkin Almy dan mungkin juga orang lain," jelasnya lagi.

Artikel Menarik



sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14637&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.