Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang | Sembilan buah kereta tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi dalam kejadian kira-kira 7.05 malam semalam.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang
 
Dalam kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu namun seorang pemandu kenderaan nyaris tertimbus ketika cuba mengeluarkan keretanya jenis Honda City.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang

Jurutera yang hampir tertimbus tersebut, M.Logeswaran, 28, berkata ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 7.45 malam, dia ternampak keretanya hanya tertimbus 40 peratus dan membuat keputusan untuk mengeluarkan kenderaannya bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang

"Semasa saya hendak mengalihkan kereta, tiba-tiba saya terdengar bunyi kuat dan nampak tanah runtuh di hadapan kereta, namun saya sempat melarikan diri ke kawasan selamat," katanya sambil menambah kereta tersebut baru dua bulan dibeli.
 
 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Rahman memaklumkan kejadian berkenaan menyebabkan sembilan kereta tertimbus penuh dan satu daripadanya rosak dihempap pokok.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang

Katanya tanah setinggi 25 meter runtuh membabitkan keluasan lebih 100 meter di sepanjang Jalan Ampang.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang
 
Dalam tinjauan Bernama di lokasi kejadian, setakat 11 malam ini, tanah masih runtuh secara perlahan akibat hujan lebat.

GAMBAR - 9 Kereta Tertimbus di Jalan Ampang


Artikel Menarik



sumber
http://www.malaysiakini.com/news/229466


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.