Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
GAMBAR - Mayat Tiga Pengganas Sulu Di Temui | Tiga rangka mayat pengganas Sulu ditemui oleh pihak pasukan keselamatan yang sedang meronda didalam kawasan semak di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam.

GAMBAR - Mayat Tiga Pengganas Sulu Di Temui

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, rangka mayat itu ditemui pada jam 2.05 petang semalam ketika pasukan keselamatan membuat rondaan yang turut menyaksikan penemuan selaras senjata, beberapa butir peluru dan dokumen yang menunjukkan mereka adalah pengganas Sulu.

"Kami percaya mayat ini sama ada ditembak mati pada 6 Mac lalu atau semasa anggota keselamatan mengadakan operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua rangka mayat itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Dengan penemuan terbaru itu, menjadikan jumlah mayat yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan sehingga kini ialah 59 mayat manakala jumlah musuh yang ditembak mati ialah 73 orang.

Hamza berkata. sehingga kini 31 orang dituduh di mahkamah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2001 (Sosma), manakala jumlah tangkapan di bawah akta yang sama ialah 184 orang. - BERNAMA



Artikel Menarik




sumber
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TigamayatpengganasditemuidiKampungTanjungBatu-Hamza/Article/
https://www.facebook.com/pages/Polis-Hutan/145048595661494?hc_location=stream



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.