Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
Gambar - Rumah Nasrudin Di Lempar Darah, Bangkai Ayam Dan Nota Ugutan | Sinar Harian hari ini memaparkan berita sebuah rumah calon parti pembangkang, Nasrudin dari parti Pas dilempar bangkai, darah ayam beserta nota ugutan.

Rumah Nasrudin Di Lempar Darah, Bangkai Ayam Dan Nota Ugutan
Kepala dan darah ayam yang jelas kelihatan
Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa kawalan keselamatan calon Pakatan Rakyat (PR) yang bertanding pada PRU13 ini dipertingkatkan selepas rumah penginapan calon Pas Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan dilempar bungkusan berisi darah dan nota ugutan.

Menurut Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, DPPM kesal dengan kejadian itu yang berlaku di Taman Seri Semantan Temerloh, antara jam 3 hingga 7 pagi semalam.


Gambar - Rumah Nasrudin Di Lempar Darah, Bangkai Ayam Dan Nota Ugutan

Kejadian tersebut disedari beberapa pembantu Nasrudin yang berada di dalam rumah tersebut pada jam 7 pagi.

“Malah, petugas-petugas parti turut memaklumkan beberapa kain rentang dan billboard sekitar Temerloh telah disabotaj dan diconteng dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini berlaku atas peningkatan sokongan dan penerimaan pengundi yang tinggi terhadap Ustaz Nasrudin di Temerloh, di samping laporan situasi gerak kerja jentera BN yang lemah atas faktor penolakan sesama sendiri terhadap calon mereka,” katanya.

Khairul Faizi berkata, DPPM menggesa seluruh petugas pilihan raya dan unit keselamatan meningkatkan keselamatan calon-calon, di samping mengelak sebarang cubaan jahat dan provokasi dalam tempoh kritikal ini.

Katanya, DPPM juga menggesa pihak polis meningkatkan kawalan dan pemantauan semasa tempoh berkempen serta pada hari pengundian, dengan jaminan keselamatan kepada semua pihak.

“DPPM yakin budaya politik kotor ini tidak akan diterima pengundi Temerloh dan ditolak seluruh anak muda Malaysia yang mahukan perubahan ke arah negara yang lebih baik,” katanya.

Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/rumah-penginapan-nasrudin-dilempar-darah-1.156399


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.