Selasa, 21 Mei 2013

Selasa, Mei 21, 2013
1
Ibu Rayu Afiq Pulang Ke Pangkuan Keluarga | Sebak seketika bila melihat seorang ibu merayu anaknya kembali pulang kepangkuannya. Apa yang berlaku bukanlah drama, tetapi inilah realiti kehidupan zaman sekarang.

Ibu Rayu Afiq Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Menerusi portal gua yang memetik dari rancangan Melodi baru-baru ini, Ibu Afiq berkata "Saya tidak pernah menghalau dan tiada niat menjatuhkan atau memburukkan anak saya. Saya tidak mahu anak saya tersasar jauh. Saya inginkan anak saya yang dulu, yang sangat kasihkan keluarga, yang tidak pernah melawan cakap ibu bapa. Sebagai ibu, saya sayangkan anak saya," ujar puan Hasliza Mohd.

Menurut Hasliza lagi, apa yang berlaku sebenarnya bertitik tolak daripada perubahan pada diri Afiq sejak lima bulan lalu. Afiq dikatakan menjadi panas baran dan tidak mendengar cakap ibunya. Malah tindakan Afiq keluar dari rumah kerana dia tidak selesa apabila sering ditegur ibu atas kesilapannya. Walaupun pernah meminta Afiq pulang tetapi pelawaan Hasliza itu ditolak. Kononnya Afiq tidak mahu dikongkong ibunya.

"Kalau saya mengongkong anak saya, saya tidak jadikan anak saya selebriti. Anak saya ni kalau belajar dia tak berapa pandai. Saya usahakan untuk anak saya cari makan, mula-mula dengan menjual burger. Saya bagi anak saya belajar, masuk kelas semua sebab saya tahu itu jalan terbaik untuknya. 'Jangan lupa diri, Afiq' - itu yang saya selalu ingatkan pada anak saya. Dia tak suka agaknya."

Tambah puan Hasliza lagi, dia pernah memadamkan kesemua gambar-gambar teman wanita Afiq yang disimpan di dalam iPad sebab "tak manis bagi pandangan mata saya".

"Itu menjadi punca kemarahannya. Bila dia keluar dengan teman wanitanya dan balik dua, tiga pagi, saya tegur. Seorang lelaki keluar dengan seorang perempuan, balik tiga pagi, kalau ada apa-apa yang berlaku, orang akan tuduh dia. Dia kena berhati-hati. Apa yang tak manis, saya akan tegur. Kalau saya berdiam diri, itu bukan ibu namanya."

"Saya menguruskan kewangannya, pendapatannya tetapi semuanya atas nama dia. Tidak ada satu pun atas nama saya. Sampai satu masa tanpa pengetahuan saya, duit simpanannya habis RM30 ribu dalam masa sebulan. Saya tak pernah tuduh sesiapa. Tapi saya sebagai ibu bertanya ke mana perginya duit itu. Itu yang menyebabkan dia marah pada saya. Dia tanya, 'Apa maksud umi? Adakah umi nak tuduh sesuatu pada saya?' Cita-cita dia nak beli rumah, kereta untuk masa depannya. Saya pun bukan hidup lama. Sebelum saya pejam mata, saya nak anak-anak saya hidup senang."

Punca Sebenar Afiq Keluar Rumah Tinggalkan Keluarga | Sebak seketika bila melihat seorang ibu merayu anaknya kembali pulang kepangkuannya. Apa yang berlaku bukanlah drama, tetapi inilah realiti kehidupan zaman sekarang.

Dalam menafikan tuduhan Afiq yang dia pernah meminta duit darinya, Hasliza menyatakan bahawa dia mempunyai pendapatan sendiri untuk menanggung hidup. Sebaliknya dia mengingatkan Afiq siapa sebenarnya yang menanggung kelengkapan dan keperluannya sebelum dia berjaya.

Tentang dakwaan Eina Azman bahawa Hasliza telah memfitnahkannya dan diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf, ibu Afiq berkata, "Demi Allah saya tak pernah menghina orang. Apa saja saya SMS, saya marah adalah pada anak saya sendiri. Saya tak pernah tegur anak orang. Saya tak pernah memburukkan orang. Saya tak pernah sebut nama dia kepada sesiapa pun. Nak saman saya ke apa, 'no comment'."

Sebagai kata-kata terakhir, Hasliza memohon agar Afiq pulang semula ke pangkuan keluarga.

"Afiq, baliklah Afiq. Selama umi membesarkan kamu, umi tak pernah letak harga untuk melahirkan kamu. Umi sayangkan Afiq dengan sepenuh hati. Umi nak Afiq balik dan hidup seperti keluarga kita dulu. Adik-adiknya tiap-tiap hari menangis rindukan dia. Saya lagi rindukan dia, anak saya. Saya rindukan Afiq yang dulu. Afiq dah cukup dewasa untuk fikirkan yang mana baik dan buruk. Ingat, hukum Allah itu pasti. Ingat Tuhan, itu saja."



Artikel Berkait


Artikel Menarik


sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Ibu_Afiq_Muiz_Afiq_Baliklah_Afiq.html


1 comments:

  1. sedihnya..hmmm moga afiq berubah hati dan pulang semula kepada ibunya

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.