Isnin, 13 Mei 2013

Isnin, Mei 13, 2013
Islamic Fobia - FBI Serbu Rumah Pelajar Setelah Jiran Ternampak Periuk Bertekanan Tinggi | Kini penduduk atau pelajar keturunan Arab yang tinggal di Amerika Syarikat mempunyai rasa bimbang yang melampau keatas penggunaan periuk bertekanan tinggi.

Islamic Fobia - FBI Serbu Rumah Pelajar Setelah Jiran Ternampak Periuk Bertekanan Tinggi
Talal Al Rouki bersama periuk yang menjadi perhatian jirannya
Ini berikutan kes seorang pelajar Arab Saudi, Talal Al Rouki yang telah dilihat jiran "mat salleh"nya pergi meminjam periuk bertekanan tinggi tersebut dari jiran arabnya yang lain.

Jirannya yang mempunyai curiga melampau itu kemudiannya melaporkan kepada agen FBI mengenai tindakan pelajar itu yang dilihat membawa "peluru berwarna".

Talal kemudiannya menerangkan kepada agen FBI bahawa beliau hanya menggunakan periuk tersebut untuk memasak nasi arab tradisional yang dipanggil Kabsah.

Islamic Fobia - FBI Serbu Rumah Pelajar Setelah Jiran Ternampak Periuk Bertekanan Tinggi | Kini penduduk atau pelajar keturunan Arab yang tinggal di Amerika Syarikat mempunyai rasa bimbang yang melampau keatas penggunaan periuk bertekanan tinggi.
Contoh periuk bertekanan tinggi yg diubah suai menjadi bom
Pihak FBI kemudian memberitahu Talal," "Anda perlu lebih berhati-hati bila bergerak dengan perkara-perkara seperti ini"

Kejadian pengeboman di Boston yang menggunakan periuk bertekanan tinggi telah menyebabkan rasa curiga polis dan orang awam terhadap perkara itu bertambah tinggi.


Artikel Menarik



sumber
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2323316/FBI-surrounds-house-Saudi-student-following-sightings-pressure-cooker-pot-cooking-rice.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.