Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
1
Isteri Ashraf (Dayana) Redha Andai Terpaksa Bermadu | Sehari dua, kisah Ashraff Muslim hangat diperkatakan kerana didakwa ingin berkahwin lain.

Isteri Ashraf (Dayana) Redha Andai Terpaksa Bermadu | Sehari dua, kisah Ashraff Muslim hangat diperkatakan kerana didakwa ingin berkahwin lain.

Apa yang menariknya hari ini di laman blog Beautifulnara memaparkan kisah seorang wanita (bakal isteri Ashraf) yang didakwa telahpun bertemu dengan isteri Ashraf Muslim iaitu Dayana.

Menurut portal tersebut, wanita yang hanya mahu dikenali dengan nama Sakinah itu berkata yang dia sudah pun bertemu dengan Dayana sebelum ini. Menurut Sakinah,
Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.
Sakinah dikatakan yang berusia 28 tahun menyerahkan segala keputusan kepada Ashraf Muslim sama ada mahu memperisterikannya atau tidak. Kata Sakinah lagi,
Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.
Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf.
Menurut Beautifulnara lagi, mereka berdua saling mengenali pada sebuah program televisyen beberapa tahun lalu dan mula rapat selepas bertukar nombor telefon. Seawal perkenalan itu Ashraf baru berjinak-jinak mempelajari ilmu perubatan Islam dan masih bujang.


Artikel Menarik



#Semoga tabah kepada Dayana....apa jua anggaplah itu yg terbaik buat diri anda dan kelaurga.-nk sokong rasa bersalah, sokong lagi terasa salah.


sumber
http://beautifulnara.com/dayana-redha-jika-saya-berkahwin-dengan-ashraf-muslim-sakinah/


1 comments:

  1. agaknya sape wanita yg Ashraf nak kawen 2? pelakon ke?

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.