Sabtu, 4 Mei 2013

Sabtu, Mei 04, 2013
Jackie Chan Kecewa Dengan Anaknya Sendiri | Bintang popular filem kungfu dan aksi lasak, Jackie Chan berasa agak kecewa dengan kelemahan bakat bidang perfileman anaknya sehingga beliau sanggup menyerahkan kepada orang lain.

Jackie Chan Kecewa Dengan Anaknya Sendiri
Jackie Chan bersama anaknya Jaycee Chan

"Semakin saya dimamah usia, saya mendapati bahawa Siu Fong (Jaycee Chan) begitu mengecewakan. Jadi, saya kira saya akan serahkan legasi filem Kungfu kepada Jay Chou dan bukannya dia," katanya.

Jackie Chan yang dianggap lagenda dan superstar filem Hong Kong, Jackie Chan juga dikatakan cukup menyukai bentuk badan Jay Chou hingga dia mahukan bintang Taiwan itu menggantikan tempatnya dalam filem seni mempertahankan diri iaitu Kungfu.

Jackie Chan turut memuji kebolehan Jay Chou mengarah filem dan berharap agar penyanyi yang kini menjadi pengarah itu akan dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem berbentuk seni mempertahankan diri pada masa akan datang ketika bercakap dengan pihak media sempena Beijing International Film Festival.

Jackie Chan Kecewa Dengan Anaknya Sendiri
Jay Chou
Sementara itu, Jay Chou pula memberitahu bahawa minatnya mual timbul dalam bidang pengarahan adalah kerana dia mahu cuba mengawal orang lain yang bekerja di bawah produksinya.

Namun, pengarah Rooftop ini bagaimanapun menyatakan dia tidak akan sekali-kali berani mengawal Jacki Chan seandainya aktor lagenda itu membintangi filemnya.



Artikel Menarik





sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14646&c=1&s=2


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.