Rabu, 1 Mei 2013

Rabu, Mei 01, 2013

Kad Pengenalan "MISTERI" Tanpa Nama Dan Gambar Di Temui | Sekeping kad pengenalan misteri yang tiada nama dan gambar telah ditemui oleh seorang pemuda di sebuah taman rekreasi di Gelugor semalam.

Pemuda tersebut yang enggan dikenali memberitahu bahawa kad pengenalan berkenaan dijumpainya di dalam dompet.

Kad Pengenalan "MISTERI" Tanpa Nama Dan Gambar Di Temui

Menurutnya, keadaannya sama seperti kad pengenalan yang digunakan warganegara Malaysia namun bezanya tidak bernama.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada.

“Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya.

Dia yang pada mulanya memuatnaik gambar kad pengenalan itu di laman facebook kemudiannya memadamkannya kembali gara-gara bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kali pertama terjumpa perkara sedemikian membuatkan pemuda berusia 27 tahun itu sedikit bimbang.

Menurutnya, dia bertegas mahu menyimpan kad pengenalan berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.

“Pada mulanya saya membuang sahaja kad tersebut, tetapi tidak lama kemudian saya mengambilnya semula kerana bimbang dijumpai orang lain,” katanya.


Artikel Menarik



sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/ic-misteri-di-padang-rekreasi-1.155525



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.