Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
Kerajaan Gabungan Akan Wujud Di Terengganu Dan Selangor? Selepas PRU13, keputusannya masih memihak kepada BN yang menang mudah membentuk kembali kerajaan Malaysia walaupun saingan dilihat begitu sengit.

Ketika semua pihak disajikan dengan beberapa calon yang telah dilantik menjadi Menteri Besar, terdapat beberapa isu menarik yang berlaku selepas selesai pilihanraya.

Antara yang menarik ialah pemilihan calon Menteri Besar di Kelantan, secara tiba-tiba Tok Guru Nik Aziz dikhabarkan melepaskan jawatan Menteri Besar, namun ianya masih boleh diterima jika dilihat faktor usia beliau sendiri. Tetapi ada perkara lain yang turut jadi perhatian.....(lihat print screen dibawah)

Misteri-Secara tiba-tiba Tok Guru Nik Aziz dikhabarkan melepaskan jawatan Menteri Besar

Keduanya ialah apabila nama Datuk Husam Musa yang tertinggal dalam senarai exco kerajaan negeri Kelantan sehingga pengikut beliau mahukan penjelasan dari Menteri Besar yang baru, Datuk Ahmad Yakob.

Selain Husam, nama Abdul Latiff Abdul Rahman (Ustaz Latiff) juga turut tidak disenaraikan. Menurut perkembangan terbaru dari Menteri Besar baru Kelantan, Sultan Kelantan sendiri dikatakan meminta nama mereka berdua diturunkan dari senarai.

Bagi negeri yang ditadbir Barisan Nasional pula, beberapa negeri masih belum mengumumkan nama Menteri Besar, namun dijangka perkara itu bakal selesai tidak lama lagi. 

Paling menarik apabila negeri Selangor yang masih lagi berteka teki tentang siapa yang bakal menjadi MB disana. Sinar semalam memaparkan permintaan Dr Hassan Ali yang mencadangkan agar ahli PAS pula mengambil alih jawatan MB. Beberapa blog pembangkang masih mencadangkan nama Khalid Samad sebagai calon MB yang paling sesuai utnuk menerajui negeri Selangor.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali pula dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

"Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di masa akan datang," katanya ketika ditanya.

Isu kedudukan menteri besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Namun paling mengejutkan bila dakwaan blog pembangkang menyatakan terdapat beberapa usaha UG "kerajaan gabungan" akan diadakan di Selangor. Ianya dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS yang mahukan kerajaan campuran UMNO+PAS di Selangor tambahan atas campur tangan Istana.

Kerajaan Gabungan Akan Wujud Di Terengganu Dan Selangor?
Petikan dari blog blog faqar
Kerajaan Gabungan Akan Wujud Di Terengganu Dan Selangor?
SMS diterima blogger AnakSungaiDerhaka


Bukan setakat Selangor, negeri Terengganu juga dikatakan terdapat usaha ke arah kerajaan campuran sedang berlaku. Nama Haji Hadi turut terkait didalam isu ini dan dikatakan antara punca PAS Terengganu tumbang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Wallahualam....tunggu dan lihat.

#UG (kerajaan gabungan di Selangor antara UMNO dan PAS dilihat agak mustahil kerana nisbah kerusi yang dimenangi DAP+PKR (15 +14) lebih tinggi jika PAS+UMNO (15+12) bergabung, melainkan adanya beberapa acara lompatan parti.- rata2 penyokong PAS juga tidak bersetuju dengan UG.



Artikel Lain

sumber

http://faqar.blogspot.com/2013/05/lambat-umum-mb-sebab-kerajaan-perpaduan.html
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/05/panas-rundingan-untuk-menubuhkan.html
http://www.malaysiakini.com/news/229411



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.