Khamis, 2 Mei 2013

Khamis, Mei 02, 2013
1

Kes Buli Pelajar Perempuan Selesai | Alhamdulillah.....akhirnya kes buli yang melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun berjaya diselesaikan dengan enam remaja perempuan telah ditangkap.

Kes Buli Pelajar Perempuan Selesai



Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Mohd Nor Rashid berkata, pelajar yang  berusia 15 hingga 16 tahun itu telah dihukum denda sebanyak RM500 dan dibayar kepada mangsa selain diikat jamin berkelakuan baik selama tiga tahun.

Mereka juga dikehendaki melaporkan diri kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan selama dua tahun.

“Kes berkenaan berlaku di Kota Tinggi, Johor pada bulan Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan iaitu menggunakan perkataan yang memalukan seorang wanita,’’ katanya dalam laman rasmi facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes buli berkenaan menjadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden itu disebarkan dalam laman sosial Facebook dan Youtube sehingga mendapat komen negatif pelbagai pihak yang kesal dengan kejadian itu.



Artikel Menarik




sumber
http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/kes-buli-libatkan-pelajar-perempuan-selesai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kes-buli-libatkan-pelajar-perempuan-selesai


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.