Selasa, 7 Mei 2013

Selasa, Mei 07, 2013
Kisah Pilu Anjang Aki Satu Ketika Dahulu | Inilah curahan kisah pilu Anjang Aki, atau nama sebenarnya Datuk Baharuddin Omar, 77. Beliau menceritakan satu peristiwa benar yang pernah berlaku keatas dirinya sendiri yang tak akan dilupakan beliau sampai akhir hayat.

Kisah Pilu Anjang Aki Satu Ketika Dahulu | Inilah curahan kisah pilu Anjang Aki, atau nama sebenarnya Datuk Baharuddin Omar, 77. Beliau menceritakan satu peristiwa benar yang pernah berlaku keatas dirinya sendiri.

Mak, tolong... Halau orang itu! Adik tak kenal dia..." kata seorang budak lelaki berusia empat tahun, di pintu saat melihat kelibat seorang lelaki muncul di tangga rumahnya.

Anak kecil itu berkali-kali merayu ibunya supaya tidak membenarkan lelaki yang tidak pernah dikenali itu naik ke rumahnya.

Sebenarnya, lelaki itu bukanlah orang lain. Dia adalah ayah kepada anak kecil itu sendiri, tetapi malangnya si anak tidak lagi mengenali si ayah.

Semuanya gara-gara terlalu lama ayah pergi meninggalkan keluarga tercinta. Tetapi, menurut Datuk Baharuddin, beliau sesekalipun tidak pernah menyesali apa yang berlaku. Meninggalkan anak dan isteri, demi kerana perjuangan untuk negara, adalah tanggungjawab saya sebagai perajurit negara.

“Mengenang peristiwa anak sendiri tidak mengenali saya, selepas saya pulang dari berjuang di medan perang, sampai ke hari ini, air mata saya akan menitis laju," demikian cerita pelakon veteran, Datuk Baharuddin Omar, 77.

Baharuddin adalah bekas tentera dan telah menabur bakti selama lebih 20 tahun, sejak 1956 hingga 1976.

Menceritakan suasana pilu itu, Baharuddin yang popular dengan gelaran Anjang Aki memberitahu, peristiwa itu membuatkan dia menangis teresak-esak di atas tangga.

Betapa peritnya pengalaman yang dialami Baharuddin sebagai seorang perwira negara pada ketika itu, sehingga anak sendiri tidak mampu mendapat kasih sayang daripada seorang ayah yang pergi untuk berjuang.

Menceritakan lanjut pengalamannya kepada wartawan Utusan Malaysia, beliau berkata, dia terpanggil ke dalam pasukan tentera pada 1956 kerana keadaan negara yang sedang bergolak dan kucar-kacir ditambah dengan suara tuntutan kemerdekaan terhadap penjajah British.

“Semangat saya untuk menjadi seorang askar sebenarnya sudah timbul selepas negara diisytiharkan darurat pada 1948. Tetapi apakan daya pada masa itu saya belum cukup umur untuk memasuki pasukan keselamatan," katanya.

Melihat keadaan sekarang, beliau menegaskan ada lagi rakyat yang masih tidak mensyukuri kemerdekaan yang dikecapi sekian lama dengan kemajuan serta pembangunan yang dialami negara.

“Merdeka bermaksud bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental.

“Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah," katanya tegas.

Menyorot kembali kemerdekaan negara, beliau berkata, ia tidak dicapai dengan begitu mudah dan menyaksikan banyak pejuang kemerdekaan terkorban dalam proses memperjuangkan kemerdekaan.

Baginya, orang sekarang seharusnya bersyukur dengan perjuangan yang dilakukan untuk membebaskan serta memerdekakan diri daripada penjajahan.

Pengalaman lalu juga membuatkan Baharuddin sangat peka dengan isu semasa yang membabitkan perpaduan kaum dan isu yang boleh mengancam keamanan negara.

Ada kalanya, jika tercetus sesuatu perkara yang boleh menggugat perpaduan, Baharuddin akan menangis seorang diri mengenangkan tanah air yang dulunya diperjuangkan untuk mendapatkan keamanan.

“Tetapi, kini semua itu bagaikan semakin hilang apabila sesama bangsa mempertikaikan isu yang tidak wajar dan ada kalanya tidak masuk akal.

“Begitu juga dengan peristiwa pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini sehingga ada pihak yang mempertikaikan perjuangan dan semangat para pewira kita," katanya.

Artikel Menarik



sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130430/hi_01/Kenangan-perwira


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.