Sabtu, 11 Mei 2013

Sabtu, Mei 11, 2013
Lelaki Meraung Di Jatuhi Hukuman Gantung |  “Kenapa macam ni ayah, saya tak bersalah”, itulah raungan seorang lelaki setelah Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati keatas Khairul Nizam Zulkifli, 30, atau Bob kerana  mengedar dadah hampir dua kilogram, tiga tahun lalu.

Lelaki Meraung Di Jatuhi Hukuman Gantung |  “Kenapa macam ni ayah, saya tak bersalah”, itulah raungan seorang lelaki setelah Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati keatas Khairul Nizam Zulkifli, 30, atau Bob kerana  mengedar dadah hampir dua kilogram, tiga tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas memutuskan Bob bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,831 gram di dalam kereta Proton Wira Aeroback yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Jalan Bukit Baru, Solok Bukit Baru pada jam 6.40 petang, 24 Disember 2010.

Bob turut berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 26.91 gram pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama.

Terdahulu, Abdul Karim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lima tahun penjara dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2010 selepas mensabitkan kesalahan bagi pertuduhan 39A (1). Namun hukuman akan dijalankan sekiranya pertuduhan mengikut Seksyen 39B(2) diketepikan.

Karim dalam alasannya berkata, tertuduh didapati memberi keterangan saling bercanggah mengenai beg hijau berisi dadah di dalam kereta tersebut selain keterangan salah seorang saksi pembelaan tidak boleh percayai dan diketepikan.

“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan yang hanya ada satu sahaja hukuman. Dengan kuasa undang-undang diperuntukkan kepada saya, dengan ini tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar melawan Bob yang diwakili peguam, Andrew Louders itu mula dibicarakan pada 2012.

Bob sebelum ini dipanggil membela diri pada 8 Mac 2013 selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan yang mengemukakan 16 saksi berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan sebelum dia membuat keterangan bersumpah dan memanggil empat saksi pembelaan.

Artikel Menarik


sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/meraung-dihukum-gantung-1.159133


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.