Khamis, 23 Mei 2013

Khamis, Mei 23, 2013

Lisdawati, Terimalah Perubahan Saya Perlahan-Lahan | Lisdawati berharap agar peminatnya terima perubahan diri secara perlahan-lahan dan tidak terlalu mengharap dia akan terus menjadi seorang muslimah yang sejati selepas mengambil keputusan untuk memakai tudung kira-kira tiga minggu lalu.

Menurut Lisdawati, sebagai manusia biasa masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya dan menutup aurat adalah salah satu proses peralihan dalam hidupnya.

Lisdawati, Terimalah Perubahan Saya Perlahan-Lahan


"Tidak bererti apabila saya sudah memakai tudung saya seorang yang baik dalam semua perkara tetapi ini adalah satu proses penghijrahan yang mempunyai perjalanan yang masih panjang.

"Terimalah perubahan yang saya lakukan ini dengan perlahan-lahan dan jangan terus menghukum saya sekiranya saya ada melakukan kesalahan kerana perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna itu bukan mudah dan masih panjang," katanya.

Menurut Lisdawati lagi, dia sudah berhasrat untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu apabila pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah namun dia tak mahu terburu-buru dalam melakukan perubahan segera tetapi melakukannya secara perlahan dengan memilih pakaian yang lebih tertutup dan berlengan panjang.

"Saya sudah merancang untuk memakai tudung sejak dua tahun lalu selepas pulang daripada mengerjakan Umrah tetapi hasrat itu dipendamkan dan tidak mahu terburu-buru melakukan perubahan.

"Bagaimanapun sejak itu saya mula berubah secara perlahan-lahan dengan memilih baju berlengan panjang selain memilih fesyen yang lebih sesuai.

"Alhamdulillah pada 1 Rejab lalu saya terus terbuka hati untuk bertudung namun saya tidak dapat berkongsi apakah sebabnya saya berbuat demikian pada tarikh berkenaan kerana ia adalah rahsia Allah," jelasnya.

Ujar Lisda lagi, suaminya Fauzi Nawawi juga agak terkejut dengan keputusan itu namun tetap gembira dan memberi sokongan dalam perubahannya itu.

Dalam pada itu, Lisdawati berkata, dia akan terus berlakon seperti biasa dan bersyukur kerana dia masih mendapat tawaran daripada syarikat produksi.

"Saya tidak percaya dengan menutup aurat rezeki berlakon akan hilang kerana percaya rezeki itu ditangan Allah. Selagi kita berusaha Insya Allah ia pasti milik kita," katanya.

Dia memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Dari Asar Ke Maghrib lakonan bersama Maimun Mutalib.


Artikel Menarik


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/23/mstar_hiburan/20130522205411&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.