Khamis, 2 Mei 2013

Khamis, Mei 02, 2013
Maznah Zulkifli Nafi Rampas Suami Noniswara | Nama Maznah Zulkifli kini menjadi bualan hangat apabila sebuah akhbar mingguan mendedahkan dia dikatakan menjadi penyebab kepada runtuhnya rumah tangga dramatis popular, Noniswara bersama suami, Datuk Rosman Ridzwan.

Maznah Zulkifli Nafi Rampas Suami Noniswara

Menerusi Kosmo Online, Maznah tampil menafikan semua dakwaan malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

"Saya minta maaf, saya sudah cakap saya memang tidak mahu langsung memberi komen tentang perkara itu. Memang saya sangat terkejut dan saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini.

"Saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh beri sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata."

Dalam laporan sama, Noniswara terkejut apabila nama Maznah disebut dalam konflik rumah tangganya namun dia enggan memberi sebarang komen kerana bimbang kontroversi ini akan berpanjangan.



Artikel Menarik



sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/maznah-zolkifli-nafi-rampas-suami-noniswara-1.155539


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.