Rabu, 1 Mei 2013

Rabu, Mei 01, 2013

Memey Akui Abby Ada Kaitan Bertudung Tapi Bukan Politik

Memey Akui Abby Ada Kaitan Bertudung Tapi Bukan Politik | Memey akhirnya mengakui keputusannya bertudung ada kaitan dengan Abby, salah satunya disebabkan tali silaturahimn beliau bersama Abby Abadi.

Menurut Memey, dia dan Abby pernah berbincang tentang perkara itu dan Abby pernah menasihatinya untuk berhijrah.

"Saya tidak kisah sekiranya ada yang berpendapat, penampilan dan penghijrahan Abby membuatkan saya terpengaruh untuk berhijrah kerana ia adalah sesuatu perkara yang baik.

"Dia (Abby) sering menasihati saya, namun ketika itu hati saya masih belum bersedia dan terbuka untuk berubah.

"Namun, saya tidak setuju jika ada yang mengaitkan saya dengan fahaman politik Abby. Walaupun saya bertudung, namun kami tidak pernah berbincang mengenai politik dan saya memilih untuk tidak mencampuri urusan politiknya," katanya yang mengakui menerima banyak tawaran sejak bertudung.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah walaupun saya tampil bertudung.

"Sebelum ini, saya sering dihantui dengan persoalan dan dilema sekiranya perubahan saya ini sukar diterima industri. Namun, saya tak sangka, rezeki saya masih ada.

"Apa yang penting, keikhlasan kita dalam membuat sesuatu keputusan dan percaya pada rezeki ALLAH SWT," katanya yang baru sahaja menjalani penggambaran rancangan, Roda-Roda KL.

Walaupun usia Darwisz baru sahaja menghampiri tiga bulan, Memey terpaksa meninggalkan anak kesayangan di bawah jagaan adiknya untuk keluar bekerja.

Tambah Memey lagi, walaupun terpaksa keluar bekerja, namun dia akan tetap mencuri masa untuk bersama puteranya itu.

"Bila saya di set penggambaran, memang tak sabar-sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang, saya akan 'curi masa' sejam dua ketika rehat untuk pulang dan datang semula ke set selepas itu.

"Masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk keluar bersama dan melayan karenah anak. Walaupun saya masih muda, namun saya perlu belajar untuk menguruskan anak sendiri.

"Saya bersyukur kerana Darwisz sangat baik dan tidak mudah meragam. Malah, melihat keletahnya, saya tidak menolak untuk mengandung lagi," katanya yang turut mengamalkan penyusuan badan kepada anaknya.

Ditanya mengenai siaran drama yang diulang tayang, Memey berkata, dia tidak akan menyalahkan pihak televisyen atau penerbit sekiranya lakonan sebelum bertudung ditayangkan.

"Saya perlu bersikap open minded dan profesional dalam bekerja. Penonton sendiri boleh menilainya.

"Lagipun, sebelum ini, saya bukanlah pelakon yang seksi. Hanya tudung sahaja yang membezakan antara dulu dan sekarang.

"Pun begitu, saya tetap menjaga batas-batas sebagai wanita Muslimah dan bertepatan dengan status serta imej sekarang," katanya.

Artikel Menarik






sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/memey-ikut-abby-bertudung-tapi-bukan-politik-1.155699



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.