Khamis, 23 Mei 2013

Khamis, Mei 23, 2013
N Pathmanabhan Dan Tiga Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati | Akhirnya kes yang mendapat perhatian ramai diumumkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan N Pathmanabhan dan tiga pekerjanya di jatuhi hukuman gantung sampai mati.

N Pathmanabhan Dan Tiga Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati
Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radin Pangat, 38 (kanan) turut hadir bagi menyaksikan kes pembunuhan pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Ketiga-tiga mereka telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
 
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

N Pathmanabhan Dan Tiga Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati
Tiga tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R.Matan (kiri), T.Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. 
Menurutnya, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

N Pathmanabhan Dan Tiga Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati | Akhirnya kes yang mendapat perhatian ramai diumumkan oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan N Pathmanabhan dan tiga pekerjanya di jatuhi hukuman gantung sampai mati.
Anak pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi dikerumuni wartawan selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.


Artikel Menarik


sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/patma-dan-tiga-pekerja-ladangnya-dihukum-mati-1.163054
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2013/5/23/mstar_mahkamah/20130523103402&sec=mstar_mahkamah
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.