Selasa, 21 Mei 2013

Selasa, Mei 21, 2013

Noreen Nasihat Ibu Afiq Bertaubat? | Kemelut kekeluargaan Afiq Muiz kini bertambah runcing apabila bukan saja membabitkan diri Afiq, Eina dan ibu Eina malah barah itu kini merebak apabila ibu saudara Afiq, iaitu adik ipar ibunya yang turut masuk campur dengan memberikan pendapat dan pandangannya.

Noreen Nasihat Ibu Afiq Bertaubat?

Minggu lalu, Melodi diberitakan sempat menemubual ibu saudara Afiq Muiz yang hanya dikenali sebagai Noreen untuk mendapatkan pendapatnya tentang apa yang berlaku.

Noreen jelas menasihati kakak iparnya iaitu ibu Afiq untuk bertenang dan mencari jalan berbaik semula, bahkan Noreen turut memohon agar ibu Afiq bertaubat dan baliklah ke pangkal jalan.

"Janganlah dihina anak yang baik ini. Anak ini bukan anak yang memberi masalah. Afiq ini bukanlah anak yang jahat," ujarnya.

Lebih menarik, ibu saudara Afiq menyangkal dakwaan Hasliza bahawa dia yang memperkenalkan Afiq ke dalam bidang lakonan serta asal usul Afiq yang kononnya seorang anak susah dan Hasliza terpaksa menjual burger untuk menyara Afiq.

Dala pada itu Noreen turut menambah, "yang menyara hidup Afiq sekeluarga bukanlah ibu Afiq tetapi ayahnya."


#Persoalannya...perlukah mak saudara berpangkat adik ipar ini masuk campur dan menambah kekusutan dalam urusan keluarga Afiq?



Artikel Berkait


Artikel Menarik

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Ibu_Saudara_Afiq_Muiz_Sangkal_Dakwaan_Hasliza_Mohd.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.