Khamis, 9 Mei 2013

Khamis, Mei 09, 2013
2
Padah Inginkan Kecantikan, Wajah Wanita Korea Bertukar Ngeri | Hanya kerana ingin dilihat cantik, wajah seorang model dari Korea bertukar menjadi lebih mengerikan hanya selepas satu suntikan.

Padah Inginkan Kecantikan, Wajah Wanita Korea Bertukar Ngeri

Hang Mioku seorang model dari Korea Selatan yang ketagih pembedahan plastik, bertindak menyuntik minyak masak ke wajahnya, mengakibatkan dia kini tidak lagi dikenali oleh ibu bapanya sendiri.

Wanita tersebut mula menjalani pembedahan plastik bagi menjadikan kulit wajahnya kekal lembut ketika berusia 28 tahun dan kemudiannya dia berpindah ke Jepun bagi memudahkannya menjalani rawatan itu dengan lebih kerap.

Bagaimanapun, selepas dia ketagih dengan rawatan itu, doktor enggan menjalankan pembedahan lagi ke atasnya selepas mendapati wajahnya mula membesar.Di percayai, ketagihan itu mungkin satu petanda Hang Mioku sebenarnya mengalami gangguan psikologi.

Padah Inginkan Kecantikan, Wajah Wanita Korea Bertukar Ngeri | Hanya kerana ingin dilihat cantik, wajah seorang model dari Korea bertukar menjadi lebih mengerikan hanya selepas satu suntikan.

Hang Mioku yang telah ketagih selepas itu masih menyuntik silikon setelah berjaya mendapatkan sebotol silikon, bagaimanapun setelah ia habis, Mioku mula menyuntik wajahnya dengan minyak masak selepas terpengaruh dengan dakwaan minyak masak dapat meningkatkan kesan penggunaan silikon.

Kisah sedih Mioku kemudiannya disiarkan dalam televisyen Korea dan penonton yang simpati mendermakan beribu-ribu pound bagi membiayai pembedahan merawat wajahnya.

Semasa Mioku menjalani pembedahan pertama daripada 10 rawatan itu, doktor mengeluarkan 60 gram silikon, minyak dan bahan-bahan asing lain dari wajahnya serta 200 gram lagi dari lehernya.

Bagaimanapun selepas pembedahan itu, wajah Mioku kekal cacat namun dia tetap berharap akan dapat mengembalikan wajahnya seperti sebelum ini.

Artikel Menarik



sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130509/lu_07/Padah-taksub-pembedahan-plastik#ixzz2Sm6oQL9X



2 comments:

  1. OFFERING FREE FAIRNESS PRODUCT!!!
    TAWARAN PERCUMA PRODUK PENCERAHAN KULIT!!!
    Hurry Up: +6016 271 5447!!!

    BalasPadam
  2. Adakah isteri / suami anda bekerja di luar pejabat atau kerja lapangan? Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari? Adakah anda masih ingin kekal Cerah?

    Call / Sms: +6016 2715447
    Email: 772shine[@]gmail[.]com
    Google up: Shine FS

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.