Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
Padah Tersalah Beli Ubat, Seorang Ibu Maut | Sudah ditakdirkan terjadi, begitulah qada dan qadar yang telah menimpa sebuah keluarga apabila seorang anak yang disuruh membeli ubat kutu tersilap lalu mengakibatkan ibunya sesak nafas dan maut.

Padah Tersalah Beli Ubat, Seorang Ibu Maut

Kesilapan anak itu yang membeli ubat menghapuskan serangga perosak tanaman membawa padah apabila ibunya menemui ajal selepas mengalami sesak nafas sebaik menyapu cecair yang disangkakan ubat kutu di Kuala Kedah, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa yang berusia 77 tahun juga ibu kepada empat anak yang berusia 77 tahun dikatakan menyapu cecair berkenaan pada kepalanya sebelum rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dilaporkan sebelum kejadian, mendiang telah menyuruh anak perempuannya berusia 40-an membeli ubat kutu rambut di farmasi berhampiran kerana tidak tahan menggaru di kepalanya akibat banyak kutu.

Entah bagaimana, anak perempuannya telah tersilap membeli cecair untuk racun perosak tanaman berharga RM18 sebotol lalu diberi kepada ibunya.

Menurut informasi, warga emas itu menyapu cecair berkenaan pada rambutnya untuk mematikan semua kutu di kepalanya tetapi tidak menyangka tersilap menggunakan cecair itu yang hanya digunakan untuk tanaman.

Seorang anak lelaki mangsa berkata, sebelum itu, ibu mereka duduk di laman belakang rumah dan beberapa minit kemudian warga emas terbabit mengadu sesak nafas dan jatuh ke lantai.

Artikel Menarik



sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sesaknafaslepassapu__8216_ubatkutu__8217_//Article/index_html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.