Jumaat, 17 Mei 2013

Jumaat, Mei 17, 2013
Parah Di Tembak Lelaki Berkain Pelikat | Nampaknya kes tembak lari semakin menjadi-jadi di Malaysia sekarang. Terbaru dalam kejadian di Kelantan, seorang lelaki maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dari jarak dekat.

Parah Di Tembak Lelaki Berkain Pelikat | Nampaknya kes tembak lari semakin menjadi-jadi di Malaysia sekarang. Terbaru dalam kejadian di Kelantan, seorang lelaki maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dari jarak dekat.


Mangsa, Azmi Ismail, 37, parah terkena tembakan di pinggang kanan dan di belakang paha kanan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Azmi yang berasal dari Pantai Senok di sini, ditembak seorang lelaki memakai baju Melayu, berkain pelikat dan bertopi keledar yang menunggang motosikal Yamaha LC.

Menurut saksi kejadian yang juga pemilik warung berkenaan, Idayu Mustafa, 30, berkata sebelum kejadian, dia sibuk melayan empat pelanggan termasuk mangsa yang bersarapan di warungnya.

Tambahnya lagi, sejurus meminta minuman, mangsa didekati seorang lelaki memakai kain pelikat, baju Melayu dan bertopi keledar yang datang ke warung menunggang dengan motosikal jenis Yamaha LC.

Ketika kejadian mangsa sempat bertanya sebelum rebah akibat tembakan, “Dia bedil (tembak) sapo (siapa) tu, ke bedil aku?,” kata tukang rumah sebelum rebah dan mengerang kesakitan akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dipercayai dikenalinya ketika bersarapan di warung makan di Kampung Gong Batu, Kemayan, Tawang, Bachok, semalam.


Artikel Menarik


sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2013051701453620130517014536//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.