Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013

Peking Dan Uqasha Mahu Kahwin Cepat Elak Maksiat | Pekin Ibrahim mengakui dirinya sudahpun bersedia untuk mengahwini kekasihnya, Uqasha Senrose sejak menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan pelakon baru kira-kira 3 bulan yang lalu.

Peking Dan Uqasha Mahu Kahwin Cepat Elak Maksiat

Namun, disebabkan terlalu banyak proses yang perlu dilakukan sebelum berkahwin, Pekin berkata, dia kini perlu merancang sebaiknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

"Jika hendak diikutkan, esok juga saya mahu kahwin. Tetapi disebabkan kami memerlukan banyak proses sebelum hendak berkahwin saya rasa ada baiknya kami merancang terlebih dahulu apa yang mahu dilakukan dengan rapi.

"Terus-terang saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental, tapi nak buat bagaimana soal kahwin bukan perkara yang main-main. Banyak perkara yang kami perlu selesaiakn seperti kursus kawhin dan sebagainya. Jadi saya mengharapkan agar hubungan kami akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin," katanya kepada murai.com.my selepas majlis doa selamat Filem Tujuh di pejabat Grand Brilliance Sdn Bhd, Damansara, petang semalam.

Peking Dan Uqasha Mahu Kahwin Cepat Elak Maksiat | Pekin Ibrahim mengakui dirinya sudah bersedia untuk mengahwini kekasihnya, Uqasha Senrose sejak menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan pelakon baru kira-kira 3 bulan yang lalu.

Ketika ditanya mengenai kekasihnya, Pekin memberitahu, sejak awal perkenalan lagi dia sudah merasakan Uqasaha adalah orang yang sesuai untuk dijadikan isterinya.

"Saya tidak tahu mengapa saya boleh terpikat dengan Uqasha tetapi apa yang pasti sejak pandangan pertama, saya pasti dialah orangnya yang boleh menjadi teman hidup saya.

"Jadi pada kali pertama kami bertemu dan bekrenalan, saya terus memberanikan diri untuk bertanya kepadanya adakah dia mahu berkahwin dengan saya dan setelah dia menjawab ya, saya pun terus menjalinkan hubungan cinta dengannya.

"Yelah, saya tidak akan bercinta dengan sesoerang itu jika kami sama-sama tiada niat untuk kahwin kerana saya pun mahu mengelak maksiat," tambah Peking lagi.





Artikel Menarik



sumber
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14696&c=1&s=1


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.