Sabtu, 18 Mei 2013

Sabtu, Mei 18, 2013

Pelajar Sekolah Pondok Maut Di Gilis Traktor | Seorang pelajar di sebuah sekolah pondok maut setelah mengalami kecederaan parah akibat digilis traktor yang sedang bergerak dalam kejadian di Sungai Karangan, Kulim, kelmarin.

Pelajar Sekolah Pondok Maut Di Gilis Traktor

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa Mohd Sayuti Abd Razak, 15, dilaporkan menaiki traktor tersebut yang dipandu seorang remaja berusia 16 tahun, bersama seorang lagi rakan yang berdiri diatas kenderaan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika melalui kawasan berlopak, traktor terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah bangsal yang terletak berhampiran bangunan sekolah pondok terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa bersama seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan diri lalu terjun dari traktor berkenaan, namun mangsa terjatuh di hadapan tayar menyebabkan traktor yang sedang bergerak itu terus menggilis badannya. Mangsa meninggal dunia serta merta ditempat kejadian.


Artikel Menarik



sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Ajalbawahtayar//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.