Jumaat, 3 Mei 2013

Jumaat, Mei 03, 2013
Pelakon Pembantu Merana Terkena Badi Mentera | Seorang pelakon pembantu yang dikehendaki pengarah membaca mentera didalam sebuah drama hari ini mengadu badanya merana akibat "badi" mentera itu. Menurut Farah,

Pelakon Pembantu Merana Terkena Badi Mentera


“Saya melakukan adegan itu atas arahan produser dan pengarah. Kata mereka, pelakon perlu berani berlakon apa jua cabaran diberikan,” kata pelakon pembantu yang hanya dikenali sebagai Farah.

Tambah Farah lagi, dia tidak menyangka langsung dan sangat terkejut apabila diminta pengarah melakonkan adegan membaca mantera sehingga memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dirinya.

“Penggambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah,” katanya.

Sebagai bakat dan juga pendatang baru dalam dunia seni, Farah pasrah menempuh dugaan melakonkan adegan terbabit. Namun, dia terpaksa menanggung akibat apabila sering menangis, badan lemah dan menggeletar.




Artikel Menarik




sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/BADIMANTERA//Article


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.