Jumaat, 10 Mei 2013

Jumaat, Mei 10, 2013
Pelancaran EP Terbaru Yuna OK, Teman Lelaki Yuna KO | Pelancaran terbaru album EP Yuna yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pastinya mencatat sejarah baru kepada penyanyi tanahair Yunalis Zarai.

Pelancaran EP Terbaru Yuna OK, Teman Lelaki Yuna KO

EP Yuna yang bertajuk Sixth Street dilancarkan secara langsung dari Indie Pop Studio, Los Angeles dan dilakukan serentak diseluruh dunia menandakan betapa "gah"nya anak tempatan yang dididik David Foster di bawah syarikat gergasi muzik antarabangsa beliau Verve Records.

Khabarnya album Yuna tersebut dijual secara digital sahaja, dan semasa pelancaran Yuna menyanyikan lima buah lagu dari album terbaru beliau itu.


Namun apa yang mencacatkan majlis Yuna pada malam itu dianggarkan sekitar pukul 10.30 malam waktu Malaysia, teman rapat Yuna yang turut terbabit dengan pembikinan muka hadapan album EP penyanyi itu, Julian Schratter melalui akaun Instagramnya, throughjuleslens menyelar tindakan media Malaysia.

Pelancaran EP Terbaru Yuna OK, Teman Lelaki Yuna KO

Tindakan itu dilakukan atas alasan ulasan yang telah ditulis oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada awal minggu ini kurang mengancam dan memberikan respons yang negatif terhadap EP terbaru Yuna.

Menerusi penggunaan frasa 'overdone and uninventive' atau diterjemahkan sebagai tidak berdaya cipta dan keterlaluan, Julian dengan mudah membuat kesimpulan dengan memberikan konotasi negatif terhadap petugas media Malaysia.

Katanya melalui gambar salinan skrin artikel terbabit yang telah dimuat naik menerusi akaun Instagramnya itu dalam bahasa kasar:

"Saya terkesima seketika kemudian saya sedar bahawa saya membenci semua media Malaysia dan saya tidak ambil pusing apa yang mereka ingin katakan."

Julian sebenarnya merupakan jurufoto rasmi Yuna sepanjang berada di Los Angeles dan sebelum ini pernah berkunjung ke Malaysia bersama Yuna pada pertengahan bulan Februari lalu.

Julian dan Yuna juga pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta namun mereka belum pernah mengesahkan akan dakwaan tersebut.

Sepanjang Julian berada di Malaysia ketika itu, dua keping gambar pemuda tersebut mengenakan busana baju Melayu lengkap bertanjak dan bersampin tersebar menerusi akaun Instagram pereka fesyen kegemaran Yuna, Hatta Dolmat.

Apapun, bagi peminat di Malaysia yang ingin membeli EP terbaru Yuna, anda boleh mendapatkan album Sixth Street itu melalui talian atau iTunes Malaysia. Lupakan seketika kontroversi kecil teman lelaki Yuna ini.


Artikel Menarik



sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0509&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz2So80zidR





0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.