Rabu, 8 Mei 2013

Rabu, Mei 08, 2013
Pembalasan Akan Datang Jua - Aeril Zafril Di Dakwa Tipu David Teo | David Teo menerusi mStar online mendakwa Aeril Zafrel telah memperdayakannya dengan mendakwa ingin mempelajari bidang agama sehingga mendorong dia menamatkan kontrak pengurusan artis di bawah syarikatnya iaitu Metrowealth International Group (MIG) lebih awal.

Menurut David, keputusan itu dibuat bagi menghormati niat pelakon itu yang mahu mendalami Islam tetapi dia sebenarnya mengkhianati janjinya dengan membintangi produksi lain termasuklah syarikat dari Hollywood.

Pembalasan Akan Datang Jua - Aeril Zafril Di Dakwa Tipu David Teo


"Mula-mula Aeril kata mahu belajar agama dan kerana itu dia meminta saya untuk tamatkan kontrak lebih awal. Saya ni kalau bab-bab agama agak sensitif.

"Dan sebab itulah saya memenuhi permintaannya kerana menyokong langkah yang hendak diambilnya untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan.

"Tiba-tiba saya mendapat tahu dia membintangi sebuah filem di Hollywood pula. Dia sudah tidak memenuhi apa yang dikatakannya sebelum ini," 

David turut mendakwa, dia sebenarnya hanya mendapat tahu mengenai kerja lakonan Aeril di Hollywood pada akhir tahun lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, sebelum ini mengesahkan dia tidak lagi bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG selepas mempertimbangkan beberapa perkara yang disifatkannya sangat peribadi.

Aeril juga mengesahkan sudah mendapat tawaran berlakon bersama produksi di Hollywood dengan bintang Christina Ricci dan Sharon Stone.

Selain merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’, Aeril dilaporkan berkecil hati dan tidak menyenangi ‘budaya’ kerja yang diamalkan MIG.

Dalam pada itu walaupun Aeril Zafril telah mengkritik MIG menerusi beberapa laporan media, David tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan dengan kenyataan-kenyataan itu termasuklah perbuatannya menipu mengenai sebab-sebab ingin menamatkan kontrak.

Kata David Teo lagi, dia percaya, setiap perkara yang berlaku terdapat hikmahnya dan individu yang menipu pasti akan mendapat balasan tanpa perlu mengambil sebarang tindakan.

"Dia mahu tamatkan kontrak, saya sudah tunaikan janji saya. Walaupun saya diperdaya, tidak apa, balasannya akan datang kemudian.

"Saya pun tidak rugi apa-apa. Saya sudah biasa dengan artis-artis di bawah naungan MIG seperti kata pepatah 'kacang lupakan kulit'.



Artikel Menarik



sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/8/mstar_hiburan/20130507180516&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.