Isnin, 6 Mei 2013

Isnin, Mei 06, 2013

Pemerhati Asing Puji Proses PRU di Malaysia | Para pemerhati asing semalam memuji proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam yang disifatkan sebagai telus dan mematuhi proses demokrasi sebenar.


Mereka dibawa untuk melihat dan memerhati proses berkempen, tempat pembuangan dan pengiraan undi serta pengumuman penuh keputusan PRU-13.

Pemerhati Asing Puji Proses PRU di Malaysia


Seramai 18 pemerhati dari Indonesia, Myanmar, Kemboja danThailand itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu bagi melihat secara dekat perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Ketua Delegasi Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyifatkan semua proses yang dijalankan amat baik dan dijamin selamat dari segi kerahsiaannya.

Beliau berkata, usaha yang diperkenalkan oleh SPR termasuk penggunaan dakwat kekal adalah bukti ketelusannya dalam mengendalikan pilihan raya kali.

“Saya lihat proses pengundian dan penjumlahan undi berjalan dengan begitu telus serta disaksikan oleh pemerhati bebas,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, mereka juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh SPR dan pihak berkuasa lain sepanjang menilai perjalanan PRU-13.

“Proses pengundian berjalan dengan baik dan aman tanpa isiden yang tidak diingini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Delegasi Indonesia, Husni Kamil Manik berkata, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pengundi Malaysia sepanjang tempoh berkempen dan mengundi wajar diberikan pujian.

“Saya melihat ada satu semangat luar biasa dalam kalangan pengundi di negara ini apabila jumlah yang keluar mengundi begitu besar.

“Saya harap proses yang dilaksanakan pada PRU-13 ini akan menjadi panduan kepada Indonesia dalam mengadakan pilihan raya pada masa akan datang,” jelas beliau.

Artikel Lain



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_19.htm#ixzz2STgL7fmN



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.