Isnin, 6 Mei 2013

Isnin, Mei 06, 2013

Pemimpin Rakyat - TG Guru Nik Aziz Tidur Seketika Di Surau | Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang mustahil dilihat pada pemimpin BN ataupun UMNO. Kelihatan di gambarTuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat seketika di sebuah surau sebelum meneruskan penjelajahan kempen ke seluruh Kelantan.

Pemimpin Rakyat - TG Guru Nik Aziz Tidur Seketika Di Surau | Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang mustahil dilihat pada pemimpin BN ataupun UMNO. Kelihatan di gambarTuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berehat seketika di sebuah surau sebelum meneruskan penjelajahan kempen ke seluruh Kelantan.

Inilah yang berlaku kepada Tuan Guru Datuk Abdul Aziz yang kini adalah Menteri Besar Kerajaan Sementara Kelantan.

Setelah keluar mengundi awal pagi bersama isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau belum berehat. Kelihatan awal pagi semalam beliau turut beratur panjang bagi menunggu giliran membuang undi.

Menteri Besar tidak menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan untuk mengelak daripada beratur. Biar pun agak keuzuran namun beliau tetap beratur bersama pengundi-pengundi lain di Sekolah Menengah Raja Sakti, Kota Jembal.

Pemimpin Rakyat - TG Guru Nik Aziz Tidur Seketika Di Surau

Beliau dan isteri tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira jam 8.15 pagi. Tiga anaknya, Nik Adli, Nik Abdul Rahim dan Nik Omar turut mengundi di tempat yang sama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga calon Dun Chempaka ketika ditemui pemberita berharap Kelantan terus kekal di bawah pentadbiran ulama.

Menurutnya, tidak ada sebab langsung rakyat menolak kerajaan yang ada sekarang.

“Tengok pada zahirnya dan sekiranya PRU 13 ini berjalan mengikut demokrasi sebenar, PAS masih mampu mengekalkan pentadbirannya.

“Bagaimanapun kita tahu, PAS sering berhadapan dengan pelbagai dugaan, ugutan, politik wang untuk menjatuhkan kita,” ujarnya.



Artikel Lain


sumber
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19003-tg-nik-aziz-lena-di-surau-sebelum-teruskan-kempen#.UYdIfKKRV5g


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.