Pesan Ibu Fizo Omar, Jangan Mudah Lupa Keluarga! | Nama Wan Hafizol Wan Omar mula meniti di bibir peminat sejak terlibat dengan pertandingan Hero Remaja 2007. Mulai itu, Fizo tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah dalam meluaskan empayarnya dalam bidang seni di Malaysia.
Di awal pembabitan Fizo dalam industri seni Malaysia, penglibatannya kurang disokong oleh arwah ayahnya, namun sebaliknya bagi ibunya yang menyokong seratus peratus penglibatannya dalam bidang seni. Ibunya Hajjah Hasnah faham akan minat Fizo yang lebih menjurus kepada bidang seni.
“Pada permulaan, arwah ayah Fizo kurang sokong sikit, tapi saya membenarkan Fizo menceburi bidang seni dan betul-betul menyokong dia sebab saya tahu bidang hiburan adalah minatnya,” jelas Hajjah Hasnah.
Menceritakan perihal Fizo sewaktu di zaman kanak-kanak dahulu, Hajjah Hasnah memberitahu Fizo agak nakal sewaktu kecilnya.
“Biasalah, budak-budak. Dia anak yang baik, tapi nakalnya ada juga. Tapi Fizo seorang yang rajin, dia selalu membantu saya untuk menyediakan makanan. Di antara adik beradiknya, dia sangat rajin membantu saya memasak seawal umurnya 12 tahun. Awalnya hanya membantu, lama-lama dia boleh memasak sendiri,” ulas ibu Fizo mengenai perihal Fizo sewaktu zaman kanak-kanak.
Jadi, tidak hairanlah Fizo pandai memasak dan pernah mengeluarkan buku masakan berjudul ‘Air Tangan Fizo Omar’ tidak beberapa lama dahulu.
Mengulas mengenai gosip dan kontroversi yang Fizo alami semenjak bergelar anak seni, ibunya selalu berpesan supaya anaknya itu sentiasa bersabar.
“Kalau ada sesuatu kontroversi mahupun gosip mengenai Fizo, saya akan mendapatkan kepastian dan penjelasan daripadanya. Saya selalu berpesan kepadanya supaya bersabar. Sudah menjadi asam garam dunia hiburan, artis takkan terlepas daripada kontroversi dan gosip. Kalau perkara itu tidak betul dan hanya khabar angin, lambat laun orang akan tahu juga kebenarannya. Oleh itu jika setiap kali Fizo dihimpit gosip, saya akan menasihati agar dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan,” ujar Hajjah Hasnah ketika dihubungi wartawan portal Gua baru-baru ini.
Menurut Hajjah Hasnah lagi, Fizo telah memberikan hadiah yang paling bermakna buat dirinya pada dua tahun lepas apabila menghantarnya menunaikan ibadah Umrah.
“Alhamdulillah, dua tahun lepas, Fizo menghadiahkan saya sesuatu yang sangat bermakna. Dia membawa saya menunaikan Umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun itu bukan kali pertama saya menunaikan Umrah, tetapi saya rasa ia sesuatu yang cukup istimewa kerana kami turut menyambut hari lahirnya yang ke 28 di sana,” ujar ibu kepada pengacara program bual bicara ‘Nasi Lemak Kopi O’ di TV9 ini.
Di akhir perbualan bersama ibu Fizo, Hajjah Hasnah sempat berkongsi harapannya terhadap anak lelakinya itu.
“Apa yang saya harapkan adalah Fizo sentiasa menjaga dirinya dan jangan lupa kepada saya dan juga keluarga. Mengenai perihal jodohnya, saya sentiasa mendoakan Fizo, kalau dia nak cepat kahwin, tak mengapa. Semoga dia mendapat jodoh yang baik untuk dirinya dan keluarga,” jelas Hajjah Hasnah.
Artikel Menarik
- Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak
- Video Datuk K Memandu Kereta Bersama Siti Nurhaliza
- Pereka Fesyen Calvin Thoo Masuk Islam Selepas Bermimpi Ucap Syahadah
- 4 GAMBAR Leuniey Isteri Apex Kini Bertudung Litup
- Kronologi Kes Izan Dan Maryam, Penumpang Pesawat AK1455
- Tangisan Rosyam Noor Dan Isteri Di Majlis Pernikahan Ana
- Eja Bersyukur Masih Terima Rezeki Meskipun Telah Berhijab
- PANAS! Gambar Zizan Razak Tidur Bersebelahan Elfira Loy
- Adam Sandler Di Racun Pembantu Rumah
- Anuar Zain, Jangan Jaja Kisah Peribadi Ke Media Sosial
sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Ibu_Harap_Fizo_Omar_Tidak_Lupakan_Keluarga.html
0 comments:
Catat Ulasan
Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.