Selasa, 7 Mei 2013

Selasa, Mei 07, 2013
Puteri Sarah Sebenarnya Punca Pergaduhan? | Minggu lalu, kecoh seketika apabila sepasang kekasih yang telah berpisah, Ammar Alfian dan Puteri Sarah berperang di laman sosial sehingga membabitkan orang ketiga pula iaitu pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Puteri Sarah Sebenarnya Punca Pergaduhan

Menerusi wartawan Syed, Utusan Malaysia yang cuba menyelidik perkara sebenar punca masaalah mereka, beliau terjumpa satu info baru mengenai punca bekas kekasih ini bergaduh.

Menurut beliau, nampaknya ada cerita lain yang menarik untuk diberi perhatian. Kata salah seorang kru produksi yang memang rapat dengan bekas pasangan kekasih itu, ada cerita lain yang orang tak tahu berlaku pada mereka.

“Sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu adalah Puteri Sarah. Dia yang mengganggu Ammar selepas mereka putus cinta dahulu. Sarah pernah hubungi kekasih baru Ammar dan beritahu bekas teman lelakinya itu mencarinya kembali.

“Kalau dah tak ada apa-apa kenapa nak call balik cakap perkara macam tu pada teman wanita baru Ammar? Bila diminta bukti tak ada pula? Nampak macam Sarah sengaja nak cari pasal waktu itu.

“Lagi teruk bila Sarah banyak kali mengeluarkan kenyataan menghentam Ammar di Twitter sampai mereka berperang. Itu belum lagi cerita buruk yang disampaikan dari mulut ke mulut selama ini.

“Rasanya ada beberapa job juga yang Ammar terlepas angkara ‘perang’ ini. Tak payah ceritalah asalkan masing-masing tahu apa yang dah berlaku selama ini," kata sumber ini lagi.




Artikel Menarik




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130505/hi_04/Siapa-yang-mula-dulu#ixzz2SYxA1S4O



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.