Sabtu, 11 Mei 2013

Sabtu, Mei 11, 2013
Emma Ma'embong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose | Menerusi satu temubual di Kosmo hari ini, Emma Ma'embong telah menafikan dirinya merampas kekasih Uqasha Senrose iaitu jejaka yang dikenali sebagai Ally.

Rebut Ally, Emma Ma'embong Nafi Rampas Kekasih Uqasha Senrose

Menerusi gossip yang timbul bermula dari minggu lepas lagi, Emma Ma’embong dan Uqasha Senrose dikatakan telah tidak bertegur sapa gara gara Emma yang dikatakan  merampas kekasih Uqasha sebelum ini, Ally.

Emma pantas menafikan tuduhan tersebut sambil mengatakan itu hanyalah satu gossip hiburan sambil mengatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Ikuti beberapa temubual Emma Ma'embong bersama wartawan Kosmo dibawah.


Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah dakwaan itu?

EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja.

Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha?

Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.

Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha?

Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta.

Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu?

Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami adalah sepupu.

Artikel Menarik



#Bertuah betul la jejaka bernama Ally tu...hehehe
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0511&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2SxBv4D6C
Hakcipta terpelihara






0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.