Sabtu, 4 Mei 2013

Sabtu, Mei 04, 2013

Selangor Umum Cuti Isnin 6 Mei 2013 | Kerajaan Selangor semalam mengumumkan 6 Mei 2013 (Isnin) sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Selangor Umum Cuti Isnin 6 Mei 2013
   
Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
   
"Kerajaan Selangor berharap hari pelepasan am ini digunakan sebaik mungkin untuk pengundi pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
"Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor.

"Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid. - Bernama


sumber
http://www.malaysiakini.com/news/228996




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.