Ahad, 12 Mei 2013

Ahad, Mei 12, 2013

Semangat Membara Hamid Gurkha  | Memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1952 yang dianggap sebagai ‘tidak sengaja’, Hamid Gurkha berkata, pengalaman berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara selama tujuh tahun dengan pangkat prebet sentiasa terpahat dalam ingatan dan membara sehingga kini.

Semangat Membara Hamid Gurkha  | Memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1952 yang dianggap sebagai ‘tidak sengaja’, Hamid Gurkha berkata, pengalaman berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara selama tujuh tahun dengan pangkat prebet sentiasa terpahat dalam ingatan.

Oleh sebab itulah pelakon dan pelawak veteran itu berkata, setiap kali mendengar ancaman yang berlaku sehingga mencabar keamanan negara, beliau akan rasa terpanggil untuk kembali ke medan perjuangan.

“Walaupun sudah lama bersara, saya sentiasa terasa berada di medan perjuangan setiap kali mengikuti situasi seperti di Lahad Datu.

“Saya sehingga kini merasa seakan-akan berada di sana. Berdebar-debar melihat perajurit kita di perbatasan," katanya.

Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 80, juga sempat berpesan kepada anak-anak muda sekarang supaya berjuang demi agama, bangsa dan negara ketika memberi penjelasan lanjut mengenai sikap sesetengah pihak yang suka memperlekehkan semangat para pejuang tanah air.

“Janganlah bercakap yang tidak baik kepada mereka yang mempertahankan negara. Saya dah rasa hidup di zaman British, Jepun dan Komunis.

“Hargailah kemerdekaan yang kita dapat hasil penat lelah perajurit yang telah ramai terkorban. Pesan saya kepada semua tentera yang mungkin sebaya anak-anak saya, jangan takut mati! Hapuskanlah semua penceroboh," katanya.

Artikel Menarik



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130430/hi_01/Kenangan-perwira#ixzz2SIvq4SdF



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.