Isnin, 6 Mei 2013

Isnin, Mei 06, 2013
1

Sentimen Perkauman Cina Punca Ali Rustam Kalah | Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka hari ini menyifatkan sentimen perkauman masyarakat Cina yang menebal di Parlimen Bukit Katil menjadi antara punca utama beliau tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Sentimen Perkauman Cina Punca Ali Rustam Kalah

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap masyarakat Cina di kawasan berkenaan yang langsung tidak mengenang jasa dan budi yang telah dicurahkannya sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama 13 tahun.

"Saya tidak percaya orang Cina di Parlimen Bukit Katil boleh menolak saya dan kerana undi merekalah saya tewas dalam pilihan raya kali ini.

"Apa jasa Shamsul Iskandar terhadap orang Cina, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah saya berikan selama ini.

"Mereka (orang Cina) apabila saya dah tolong dalam bidang perniagaan hingga mereka berjaya dan menjadi kaya, mereka ini lupa jasa yang telah saya buat,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini malam ini.

Kira-kira 1,000 penyokong beliau berada di rumahnya bagi memberi sokongan moral kepadanya.

Keputusan PRU-13 yang diumumkan malam ini menyaksikan Mohd. Ali yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tewas kepada calon PKR itu dengan majoriti 5,447 undi.

Di sebalik kekalahnya, kata Mohd. Ali, beliau bangga BN dapat membentuk kerajaan di Melaka apabila mencapai kemenangan dua pertiga dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN.

#Pola pengundian kali ini jelas dilihat apabila kaum cina hanya memilih DAP atau pembangkang lain sebagai undi mereka.

Artikel Lain



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130506/px_51/PRU-13-Mohd-Ali-kecewa-sikap-pengundi-Cina-punca-kalah-di-Parlimen-Bukit-Katil#ixzz2SSEsiX6c



1 comments:

  1. Cuba lagi pru14. Rugilah masyarakat Cina tiada wakil mereka dalam kabinet. Tapi itu yang mereka hendak dan itulah keputusan mereka memilih DAP. Pembangkang bertanggungjawab untuk mereka.

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.