Rabu, 22 Mei 2013

Rabu, Mei 22, 2013

Sharifah Nadia Enggan Ulas Kes Cederakan Suami | Industri hiburan tanahair digemparkan akhir Mac lalu dengan kes seorang pelakon wanita telah dituduh mencederakan suaminya sehingga didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sharifah Nadia Enggan Ulas Kes Cederakan Suami


Pelakon Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, atau lebih dikenali Sharifah yang telah menjadi tertuduh didalam kes itu berkata, berita berkenaan telah memberikan presepsi buruk masyarakat terhadapnya sedangkan mereka tidak tahu kisah kejadian sebenar.

"Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera.

Sharifah turut melahirkan rasa kecewa apabila segelintir peminat telah melemparkan pelbagai spekulasi tidak benar mengenai dirinya sehingga perkara tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan peribadinya.

"Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya.

"Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar.

Untuk info, Sharifah Nadia sebelum ini pernah didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi pada 25 November tahun lepas.


Sharifah juga engakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak September 2011 dan mereka kini dalam proses penceraian, beliau turut memberitahu kes berkenaan masih berjalan dan dia juga turut menfailkan kes dia dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana ia masih dalam perbicaraan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.




Artikel Menarik


sumber
http://www.ohbulan.com/kes-cederakan-suami-sharifah-nadia-enggan-beri-sebarang-komen/
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/5/22/mstar_hiburan/20130521133307&sec=mstar_hiburan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.